[VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

7 hours ago 6

Satu perkongsian video yang tular di Instagram telah mencuri perhatian ramai apabila seorang pelajar Indonesia berkongsi pengalamannya tentang perbezaan tahap kebersihan antara Malaysia dan Indonesia.

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun @yusrielfirm di Instagram Reels, pelajar tersebut mengimbas kembali kejutan budaya yang dialaminya setelah bertahun-tahun menetap di Malaysia, sebelum pulang melawat ke Jakarta Selatan. Beliau menceritakan pengalamannya memasuki salah satu cawangan Family Mart di sana, yang menurutnya kelihatan kotor dengan sampah berselerakan di meja dan lantai.

“Padahal, selama aku berkunjung ke banyak Family Mart di Malaysia, kebersihannya selalu dijaga – pengunjung bertanggung jawab membersihkan sendiri meja setelah makan, membuang sampah pada tempatnya, dan menjaga kenyamanan bersama,” katanya.

Pelajar tersebut turut menyuarakan keprihatinannya terhadap tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat, terutamanya mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan ruang awam. Beliau tidak menyalahkan sesiapa secara langsung, sebaliknya menjadikan situasi itu sebagai titik refleksi buat semua.

Malah, beliau turut mengaitkan isu kebersihan dengan tahap kemajuan mental dan kecerdasan sesebuah bangsa:

“Aku jadi paham kenapa data menunjukkan bahwa IQ rata-rata orang Indonesia masih tergolong rendah, yaitu di angka 78. Ini bukan untuk merendahkan, tapi sebagai cambukan.”

Tambahnya, kebersihan bukan sekadar soal estetika, tetapi mencerminkan disiplin, mentaliti dan sikap menghargai kemudahan awam yang dimiliki. Di video tersebut, dia memaparkan pelbagai ruangan tempat di Malaysia yang mempamerkan kebersihan dan keindahan tepat tersebut.

Netizen Malaysia Dipuji Di Ruangan Komen

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen. Ramai yang bersetuju dan menyokong pandangan berani pelajar tersebut, malah ada juga sebahagian lain merasa tersentuh dengan teguran membina yang diberikan.

“Kebersihan itu tanggungjawab bersama, bukan kerja tukang sapu semata-mata.”

“Betul tu, tempat awam di Malaysia juga terjaga”

“Pilih belajar di Malaysia, memang seronok tengok mereka ada sifat tanggungjawab tu”

“Harta awam mereka jaga elok-elok, jadi orang seterusnya pakai selesa”

“Terkejut dengan budaya mereka, sangat bersih dan sopan”

Bagi Murai, perkongsian ini bukan sekadar perbandingan antara dua negara, tetapi satu peringatan penting tentang tanggungjawab kita sebagai masyarakat. Menjaga kebersihan bukan tugas individu tertentu sahaja, sebaliknya ia mencerminkan tahap disiplin dan kesedaran bersama dalam membentuk persekitaran yang lebih baik dan beradab.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |