“Orang Tak Tahu, Kami Je Tahu Betapa Sukarnya…”-Isteri AC Mizal

8 hours ago 6

Isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Amelia Rosnaida Abdul Hamid tampil menitipkan kata-kata semangat buat suaminya mengenai isu hak cipta lagu yang akan dipersembahkan pada konsert We 4U2C Live In Concert pada 15 September ini di Idea Live Arena, Damansara, Selangor.

“Just Nak Buat Konsert Je, Apa Yang Susah Sangat Sampai Jadi Isu…”

Amelia menerusi hantaran di Insta Stories, yang turut memuatnaik foto suaminya, AC Mizal sedang mengelap air mata ketika memberikan penjelasan mengenai isu tersebut di sidang media turut mempersoalkan pihak terlibat yang membangkitkan isu sedangkan pihak kumpulan 4U2C hanyalah mahu mengadakan konsert.

“Orang tak tahu, kami je tahu betapa sukarnya. Just nak buat konsert je, apa yang susah sangat sampai jadi isu.

30 tahun 4U2C nak buat comeback pun nak jadi isu. Be strong B. Always be there for you.”-tulis Emylia di Insta Stories

Titip Semangat Buat AC Mizal

Dalam pada itu, Emylia turut menyatakan bahawa dia dan anak-anak, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa sentiasa berada di belakang dan memberikan sokongan kepada suaminya itu.

“Always be there for you B, saya tahu betapa sukarnya kamu rasa. Saya, Fea dan abang sentiasa berada di belakang dan menyokong kamu B.”-titip Emylia lagi

Terdahulu, komposer, Man Senoi dan isterinya, Mama Rap memberikan kenyataan mengenai isu hak cipta lagu yang mempersoalkan bagaimana kumpulan 4U2C mahu mengadakan konsert jika 25 lagu yang bakal dipersembahkan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.

Tidak berdiam diri, AC Mizal kemudian memberikan penjelasan bahawa dia meluahkan rasa pelik dengan isu 25 lagu yang dimaksudkan kerana dia sendiri belum mengumumkan lagu apa yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan 4U2C pada 15 September ini.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |