Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Dah Tak Dengar Cakap Memang Gitu La Makannya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dherbs_hq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 510 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 334 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Datin Shahida yang menunjukkan telefon pintar milik anaknya iaitu Ibrahim yang dicampak olehnya kerana tidak diendahkan dan tidak menyahut panggilan dari Datin Shahida.
@dherbs_hqBila mak dah mengamuk habis semua takut #mama #Dherbs #baim
♬ original sound – Dherbs Online – Dherbs Online
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tindakan Datin Shahida berbuat sedemikian adalah benar kerana pasti anaknya itu tidak akan mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?