“Dah Bercerai Pun Kena Kejar Ah Long” – Elliza Razak Dakwa Hidup Dalam Ketakutan Akibat Hutang Bekas Suami

17 hours ago 7

Pelakon dan penyanyi Elliza Razak kini hidup dalam ketakutan selepas mendakwa sering diganggu individu yang menuntut hutang daripada bekas suaminya. Gangguan itu berterusan meskipun mereka telah bercerai sejak Februari 2024.

Elliza atau nama penuhnya Elliza Abdul Razak, 41, meluahkan keresahannya menerusi satu hantaran di Instagram apabila mendakwa menerima banyak mesej daripada pihak tidak dikenali, termasuk yang berunsur ugutan seperti pemungut hutang.

“Saya dah bercerai! Tak ada kena mengena dengan bekas suami dah. Saya pun tak tahu dia tinggal di mana. Tolonglah kepada yang nak cari dia kutip hutang, tolong jangan cari saya. Saya tak tahu apa-apa pasal hutang dia,” tulisnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu turut mendedahkan bahawa bekas suaminya, Khairul Adzwan Nasir, juga telah empat bulan gagal menunaikan nafkah untuk dua anak mereka. Elliza mengakui dirinya kini trauma dan memilih untuk berkurung di dalam rumah kerana takut diganggu.

“Saya takut nak keluar rumah. Saya ada hubungi Nine (teman rapat), dan dia nasihatkan saya untuk tidak keluar rumah. Tapi saya risau kerana saya perlu juga keluar untuk ambil anak pulang dari sekolah,” katanya.

Dalam situasi yang semakin membimbangkan, Elliza memberi amaran bahawa dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya gangguan terus berlaku dan keselamatannya terancam.

Untuk rekod, Elliza dan Khairul Adzwan mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 dan berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |