Minum Kopi Sambil Tengok Ikan? Aqua Sentinel Ventures, Hidden Gem Shah Alam Yang Wajib Cuba!

10 hours ago 5

Di sebelah sebuah banglo di Seksyen 2, ada satu tempat yang mungkin  ramai tak sangka kewujudannya. Dari luar nampak macam biasa, tapi sebenarnya di situlah terletaknya kafe dan kedai ikan hiasan yang cukup unik.

Terletak di Shah Alam, Aqua Sentinel Ventures tampil dengan konsep luar biasa apabila menggabungkan kedai ikan hiasan tropika bersama sebuah kafe santai yang dikenali sebagai JellyCafe. Kombinasi ini menjadikan ia antara lokasi paling unik yang pernah ditemui di kawasan perumahan.

Konsep Rare: Healing Sambil Hirup Kopi

Kalau biasanya kalian lepak di kafe biasa, di sini suasananya sedikit berbeza. Sambil minum kopi, mata boleh menikmati pelbagai jenis ikan hiasan yang dipamerkan dengan susunan aquascape yang kemas.

Menurut pemiliknya, konsep ini diwujudkan untuk memberi pelanggan pengalaman baharu iaitu pengunjung dapat menikmati kopi sambil mengagumi keindahan dunia marin. Bukan sekadar minum, tetapi benar-benar menikmati momen.

Tidak hairanlah ada pelanggan yang sanggup datang dari luar kawasan semata-mata mahu merasai sendiri pengalaman ini.

Menu Signature Jadi Sebutan

Antara yang wajib kalian cuba ialah Ice Latte dan Jellyfish Triffle yang merupakan menu signature yang sering menjadi pilihan. Rasa kopi yang seimbang dan tidak terlalu manis, digabungkan dengan pencuci mulut bertekstur lembut, menjadikan sesi lepak di sini lebih lengkap.

Bayangkan kalian duduk santai, memegang segelas kopi sejuk, sambil mata menikmati gerakan ikan eksotik yang berenang perlahan. Memang lain daripada kebiasaan.

Lokasi & Cara Ke Sana

Alamat: 2, Jalan Bunga Seroja 2/6, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Jika memandu, gunakan Lebuhraya Persekutuan (Route 2) menghala ke Shah Alam dan keluar di Persiaran Sultan sebelum menuju ke Seksyen 2. Lokasinya berada dalam kawasan perumahan, jadi pandu perlahan dan perhatikan nombor rumah.

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, kalian boleh menaiki KTM Komuter dan turun di Stesen Shah Alam. Dari situ, jaraknya sekitar lima kilometer dan boleh meneruskan perjalanan dengan e-hailing.

Untuk memudahkan carian, hanya Waze: AQUA SENTINEL VENTURES 

Waktu Operasi

11.00 pagi – 6.30 petang
(Tutup setiap hari Isnin)

Secara keseluruhannya, Aqua Sentinel Ventures membuktikan bahawa hidden gem sebenar kadang-kadang berada di tempat yang tidak disangka.

Jadi, kalau kalian mencari lokasi hujung minggu yang tenang, estetik dan berbeza daripada kafe biasa, mungkin inilah spot seterusnya yang patut masuk dalam senarai wajib singgah.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |