Mengerikan, Wajah Saif Ali Khan Hampir Rosak Selepas Dipukul Dengan Gelas Wiski

4 hours ago 3

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden Saif Ali Khan yang diserang oleh perompak di rumahnya. Berdasarkan siasatan polis, suspek telah menyerang Saif menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah insiden pertama Saif diserang. Dalam salah satu temu bual lamanya, aktor ini pernah bercerita mengenai serangan masa lalu yang berlaku di sebuah kelab malam di Delhi.

Foto – Reddit

Kisahnya bermula apabila Saif menolak permintaan seorang gadis yang mahu menari bersamanya. Penolakan itu mengakibatkan Saif dimarahi dan diserang oleh kekasih gadis tersebut.

Foto – Hindustan Times

Dia bercerita bagaimana penolakan itu membuatkan lelaki itu mengugut untuk merosakkan wajahnya. Tidak mengambil serius ugutan tersebut, lelaki itu memukul dahinya dengan gelas wiski.

“Saya tidak mahu berbuat (menari) demikian dan dia berkata, “Awak mempunyai wajah sejuta dolar”. Di mana selepas itu saya tersenyum mendengarkannya walaupun ianya tidak benar dan dia menyambung, “Saya akan rosakkannya”, dan kemudian pukul saya dengan gelas wiski sebelum kami bergaduh.”

Foto – NDTV

Pergaduhan itu tidak berakhir di situ apabila Saif memberitahu lelaki tersebut terus menyerangnya di tandas.

“Saya ke bilik air untuk mengelap dahi kerana ia berdarah banyak. Terlalu banyak darah, saya tak tahu apa yang berlaku dan saya lihat lelaki itu dan berkata, “Lihat apa awak lakukan”. Dalam erti kata lain, mari kita berbaik dan kemudian dia serang saya dengan sabun pinggan. Dia gila dan dia mungkin telah bunuh saya.”

Sangat psiko ye!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |