[VIDEO] Hael Husaini Dedahkan Lagu Nadeera Zaini Hanya Rakam Melalui Telefon, Raih Perhatian Ramai!

4 hours ago 3

Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.

Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.

Kini Hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

“Lagu Dicipta Khas Buat Nadeera, Kini Ke Pentas AJL”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hotfm976_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 121 ribu, tanda suka sebanyak 4,549 dan sebanyak 56 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini yang menceritakan bagaimana proses pembuatan lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang dinyanyikan oleh Nadeera Zaini itu sehingga melayakkan lagu tersebut ke pentas berprestij iaitu AJL. Hael mengatakan bahawa dia membuat lagu tersebut bersama rakannya dan kemudian terus menelefon Nadeera untuk menyanyikan bait bait lagu tersebut.

@hotfm976_

Wow wowwww! Powernya Nadeera Zaini! Rupanya lagu Bukan Lagi Kita, Nadeera send voice note je dekat @Hael Husaini . Ingatkan memang record dalam studio 😍👏🏻🙌🏻 #HotFM #HotSquad #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #HaelHusaini

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Hael Husaini sememangnya seorang yang berbakat dalam mencipta lagu.

Apa-apa pun, semoga Hael Husaini terus menghasilkan karya yang berkualiti buat industri muzik tanah air. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |