Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Cukup Pakej, Milik Siapakah Gadis Ini”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @19731367x yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 381 ribu, tanda suka sebanyak 34 ribu dan sebanyak 903 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman yang membaca Surah Al-Buruj dengan sungguh merdu.
@19731367x🤍🤍🤍 #amiraothman #jakel #jakelmendonia #pakmatwestern #rissaskin #ijmal #varishadaily #fyp #viral #fypppppppppppppp #foryou #trending #foryourpage #xyzbca
♬ bunyi asal – ▲House Of Bukhotsir▲ – ▲House Of Bukhotsir▲
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Amira Othman seorang gadis yang cukup pakej untuk dijadikan isteri. Tambah mereka lagi, Amira Othman merupakan insan yang baik pasti jodohnya juga baik sepertinya juga.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.