Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah tampil bersuara selepas dituduh oleh salah seorang netizen yang menganggapnya ‘gedik’ kerana membiarkan kakanya, Bella Astillah mendukungnya ketika turun dari pendakian Gunung Kinabalu, Sabah.
“Gedik. Patah riuk tulang kakak engko tu. Dia dah la halus kecil juga.
Kesian Bella.”-komen seorang netizen
Bukanlah Seorang Yang Aktif Sukan
Tidak berdiam diri, Didi menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan, selain mengakui pendakian ke Gunung Kinabalu itu bukanlah satu perkara yang mudah.
“Yang kami daki tu Gunung Kinabalu, bukan bukit-bukit manja jadi, apa-apa kesakitan fizikal/ mental tak dijangka kadang boleh terjadi.
Semua yang kenal saya dari zaman sekolah tahu saya memang bukan seorang yang aktif bersukan, ini bermaksud stamina saya tak kuat.”-jelas Didi Astillah di Insta Stories
“Panik, Nangis, Tapi Syukur Ada Kakak Kat Situ…”
Tambahnya lagi, dia turut menitipkan rasa syukur dengan keberadaan Bella yang memujuk dan menenangkan dirinya yang mengalami serangan panik serta gayat ketika menuruni Gunung Kinabalu.
“Kat kapsyen boleh nampak saya dah explain keadaan saya. Bila daki lain rasa dia, bila turun tu MasyaAllah orang yang gayat/ takut dengan ketinggian mesti faham apa yang saya rasa.
Panik, nangis, tapi syukur ada kakak kat situ. Bukan takde malim gunung dengan kiteorang, cuma bila kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk. Panik saya mudah reda.”-tambah Didi Astillah
Mengakui pendakian ke Gunung Kinabali itu merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, Didi sempat memberi cadangan kepada netizen terlibat untuk melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu tanpa sebarang latihan atau stamina sebelum mendaki.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.