[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Pengalaman Seram Bersama Suami, Raih Perhatian!-“Kaki Tak Jejak Lantai…”

1 day ago 6

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.,

Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.

“Terpaksa Lari Keluar Rumah Sehelai Sepinggang Sebab Kena Ganggu”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cikwan98 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 186 ribu, tanda suka sebanyak 5,607 dan sebanyak 104 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Datin Shahida yang menceritakan pengalaman seram yang dilaluinya bersama suami selepas mendirikan rumah tangga. Beliau juga menceritakan bagaimana ianya terjadi sehingga terpaksa berlari keluar dari rumah sewa tersebut.

@cikawan98

#alifsyukriterlajaklaris #fypage #xzybca

♬ original sound – Cik Awan 🐑 – Cik Awan 🐑

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa cerita tersebut sememangnya seram dan tidak sanggup untuk mereka laluinya.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |