LISA Sekali Lagi Dikritik, Penyanyi Amerika Ini Gelarnya Sebagai “Ladyboy”

11 hours ago 7

Selepas ‘diserang’ teruk kerana pakaiannya di Met Gala 2025, kali ini LISA dikritik pula oleh penyanyi kontroversial Amerika iaitu Azealia Banks.

Untuk pengetahuan kamu, Azealia Banks ialah seorang penyanyi rap dan penulis lagu Amerika. Walaupun dia diberikan pujian kerana bakatnya yang luar biasa, tetapi kenyataan dan tingkah laku kontoversialnya sedikit sebanyak menjejaskan kerjayanya.

Foto – Pinterest / X

Sebelum ini Azealia telah dikritik selepas mengeluarkan kenyataan mengenai album LISA, yang mencetuskan tuduhan perkauaman. Dan yang terbaru, dia telah mengeluarkan komen mengenai penampilan LISA di Met Gala 2025.

Pada gambar LISA yang tular di platform X, Azealia telah menuduh ahli BLACKPINK itu sebagai “ladyboy” iaitu istilah yang menggambarkan wanita transgender di Thailand.

Foto – X

Dia kemudiannya mengatakan halkum dan telinga sebagai ciri fizikal yang dipercayainya menunjukkan LISA sebagai “ladyboy”.

Foto – X

“Saya minta maaf tetapi ini memberikan “ladyboy”. Ia berikan halkum yang tak tegang. Lisa seorang lelaki. Saya minta maaf telinga itu pun lelaki. Dan dia dari Thailand? “

Ramai yang mengkritik Azealia kerana komennya yang berterusan itu agak ‘berbahaya’. Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |