Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama. Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.
“Ingat Siapalah Yang Datang Tu, Boleh Pengsan Mama Tengok Hahahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @datoserividainfinityrich yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 296 ribu, tanda suka sebanyak 3,194 dan sebanyak 90 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B yang mengusik DSV dengan memakai topeng muka berwajah lelaki dan mengetuk pintu rumah pada waktu malam.
@datoserividainfinityrichdio buat gurau kakak..waktu pagi gini kejut sayo #fyppage #datoserivida #masukberandafypdongg #kuikhlaskandsv #pageforyou #masukberandafyp #fypシ゚viral🖤tiktok #quputehbarulahputeh
♬ original sound – DATO SERI VIDA QU PUTEH PAMOGA – DATO SERI VIDA QU PUTEH PAMOGA
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa topeng muka tersebut tampak sangat menakutkan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.