[VIDEO] Kompilasi Rakan Artis Menyakat Amira Othman & Fattah Amin, Curi Tumpuan Ramai!

9 hours ago 5

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Yang Paling Win Boss Jakel Tu, Spontan Betul Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fattmiraver yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 167 ribu, tanda suka sebanyak 9,734 dan sebanyak 442 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman dan Fattah Amin yang disakat oleh rakan selebriti lain mengenai hubungan mereka itu.

@fattmiraver

Dah penuh belum store kaklong ? 🤣💙 #fattahamin #amiraothman #fattmira #AMiracleforFattah #OurFAs #FattAmiraverse

♬ original sound – fattmiraver – fattmiraver

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perkara yang baik harus dipercepatkan.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |