Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat tidak henti-henti melakukan pelbagai perniagaan termasuklah menjalankan peniagaan jeruk mangga menerusi sesi live di laman media sosial miliknya.
Terkini, Aliff Syukri tampil dengan perniagaan baharu selepas jeruk mangga, iaitu kurma sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Datin Seri Shahida menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang memaparkan Aliff sedang sibuk mempromosikan kurma ketika sesi live di TikTok miliknya itu.
“Lepas jeruk, kurma pula. Bila nak habis ni?.”-kapsyen Datin Shahida di TikTok
@shahidadherbs2bila nak habis ni ?? #kurma #ramadhan #fyp
♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
“Takpe Bagi Dia Sibuk Jual Kurma…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Aliff dan isterinya itu, malah ramai yang memuji sikap Aliff yang tidak-tidak henti berniaga untuk mencari rezeki buat keluarga.
“Seronoknya dapat suami yang pandai cari rezeki macam ni.”
“Dunia bisnes Papa memang berpusing ya 😂. Tak habis dengan idea bisnesnya sentiasa ada.”
“Tahun ni confirm takde lagu raya sebab busy berniaga 😂.”
“Tak sempat nak support seller lain. Beg cari sini, makan jeruk ke kurma cari sini, krim angin krim kurus cari sini, sabun mandi sini, skin care sini, tudung sini.”
“Takpe bagi dia sibuk jual kurma, takde la lagu raya tahun ni.”
“Datin biar la Dato busy niaga daripada dia duk fikir lagu raya 2025 nanti 😂😂.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.