Bagi peminat, kehilangan selebriti pujaan mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk sesetengah kes tertentu, ianya menjadi lebih berat dan menyedihkan apabila bintang kesayangan mereka telah menemui ajal awal daripada yang sepatutnya.
Walaupun ada beberapa sebab yang menjadi punca kematian mereka, dalam artikel kali ini Murai fokuskan kepada selebriti yang menemui ajal kerana overdose.
Bermula daripada…
- Philip Seymour Hoffman yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumahnya. Punca kematiannya adalah overdose kokain dan beberapa bahan terlarang lain.
- Whitney Houston yang digelar sebagai “the Voice”, meninggal dunia akibat overdose bahan terlarang seperti kokain.
- Amy Winehouse pula didakwa meninggal dunia disebabkan oleh pengambilan ubat terlarang berlebihan. Tetapi hasil siasatan dijalankan menunjukkan pengambilan alkohol yang berlebihan.
- Marilyn Monroe ditemui di biliknya dengan pelbagai jenis ubat penenang yang banyak berhampirannya.
- Ditemui di rumah, Mac Miller meninggal dunia akibat overdose bahan terlarang.
Kongsikan jika kamu tahu beberapa selebriti lagi yang menemui ajal kerana overdose.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.