Meerqeen Tayang Six Pack Di Gim, Curi Perhatian Netizen!-“Bukan Senang..”

13 hours ago 7

Perkongsian aktor, Meerqeen mencuri perhatian netizen selepas menayangkan bentuk tubuh badannya yang berotot di media sosial, baru-baru ini.

Perlukan Kesabaran & Konsisten Yang Tinggi

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izham menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan bahawa transformasinya itu memerlukan kesabaran dan konsisten yang sangat tinggi walaupun ia sukar.

“Ini lebih daripada sekadar transformasi badan. Ia adalah disiplin, kesabaran dan kehadiran walaupun sukar. Sejak September, saya telah memilih untuk kekal konsisten.

Saya masih dalam proses. Dan jika anda sedang menonton ini, anggaplah ia sebagai petanda. Mulakan sekarang, diri anda pada masa hadapan akan berterima kasih kepada anda. Anda boleh lakukannya! 👊🏻.”-kongsi Meerqeen di Instagram

“Bukan Senang Nak Dapat Body Macam Ni..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya daripada golongan wanita memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang memuji tubuh badan Meerqeen yang sangat ‘fit’ dan berotot itu.

“Aww abang aww 😍😍.”

“Kau ada job jadi superhero ke Qeen?.”

“Nasib la mata rabun.”

“Alhamdulillah sangat hebat seorang lelaki.”

“Still handsome bang.”

“Paduu, bukan senang nak dapat body macam ni kalau tak ada disiplin.”

Nama Meerqeen sebelum ini mengundang kritikan netizen di media sosial yang mengakui tubuh badannya badannya kelihatan lebih berisi.

Kongsi Meeerqeen kepada media tempatan perubahan berat badannya itu adalah disebabkan tuntutan kerja terhadap penggambaran filem terbaharunya kelak.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |