Sebelum ini tayangan perdana filem The Wicked: For Good di Universal Studios Singapore bertukar kecoh apabila seorang lelaki melompat melepasi penghadang dan terus menyerbu Ariana Grande.
Insiden mengejutkan itu bukan perkara baru, rupanya lelaki tersebut, Johnson Wen, lebih dikenali sebagai “Pyjama Man”, sudah terkenal kerana sering menceroboh acara besar di seluruh dunia.
Kekecohan di Acara Ariana Grande
news dot com dot auKetika acara karpet kuning sedang berlangsung, Wen meluru ke arah Ariana sebelum memaut bahunya dan melompat-lompat kegirangan.
Keadaan menjadi tegang apabila Ariana kelihatan terkejut, malah rakan pelakon Cynthia Erivo turut cuba membantu sebelum pihak keselamatan menarik Wen keluar dari kawasan acara.
Kejadian itu mencetuskan persoalan ramai tentang bagaimana dia boleh melepasi kawalan keselamatan yang ketat.
Rekod Pencerobohan “Pyjama Man”
via StompSiasatan mendapati Wen, rakyat Australia berusia 26 tahun, sudah beberapa kali menceroboh acara bertaraf dunia.
Antara insiden yang pernah dilakukannya termasuk naik ke pentas konsert Katy Perry di Sydney, berlari ke arah The Chainsmokers di Palm Tree Music Festival, menceroboh pentas konsert The Weeknd, malah cuba mengganggu perlumbaan 100 meter di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dia juga pernah berlari ke tengah padang dalam perlawanan kriket Piala Dunia dan final Piala Dunia Wanita FIFA.
Setiap insiden memperlihatkan pola sama dimana Wen tiba-tiba muncul, beraksi pelik dan ditahan dalam masa beberapa saat.
Tindakan Undang-undang Menanti Wen
Walaupun Wen sering menganggap tindakannya sebagai gurauan, ramai melihat ia sebagai perbuatan berbahaya yang mengancam keselamatan artis dan atlet.
Selepas insiden di Singapura, Wen ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan menyebabkan gangguan awam.
Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan.
Dengan rekod pencerobohan yang semakin serius, dunia mula mempersoalkan sejauh mana “Pyjama Man” ini akan pergi sebelum dihentikan sepenuhnya.

1 day ago
10
![[VIDEO] Gelagat Que Haidar Buat Kejutan ‘Birthday’ Sherry Al-Hadad Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2254.jpeg)







![[VIDEO] Jatuh Dari Papan Selaju Elektrik, Justin Bieber Alami Kecederaan Tulang Rusuk](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/2-8.jpg)

![[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2249.jpeg)
![[VIDEO] Telatah Eidress ‘Backup’ Anzalna Buatkan Netizen Terhibur-“Tak Nak Mummy Baru…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2241.jpeg)
![[VIDEO] Sweet Qismina Ada Sebab Tersendiri Kenapa Tidak Sebut Nama Suami Ketika Ambil Anugerah…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2240.jpeg)


















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)



![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)


