Marshall memperluaskan rangkaian speaker parti dengan pelancaran Bromley 450. Mewarisi rekaan ikonik Marshall seperti model lebih besar, Bromley 750, speaker mudah alih yang lebih kompak ini tetap tampil dengan karakter tersendiri. Dilengkapi teknologi True Stereophonic 360°, jangka hayat bateri melebihi 40 jam serta lampu pentas terbina dalam, Bromley 450 memastikan setiap ruang bertukar menjadi pusat perhatian menandakan parti sudah bermula.
Setiap perincian Bromley 450 direka dengan teliti. Kawalan sentuhan fizikal memberikan pengalaman penggunaan yang intuitif, manakala binaannya yang kukuh memastikan ia mampu bertahan dalam suasana bising, penggunaan intensif dan sesi hiburan yang berpanjangan. Kemasan kulit PU berasaskan air membaluti struktur premium, diperkemaskan lagi dengan pelindung sudut daripada plastik TPU untuk ketahanan tambahan.
Gril logam bercop pula melindungi sistem pencahayaan yang diinspirasikan daripada pentas muzik era 70-an. Sama ada di ruang tamu, festival atau halaman rumah, Bromley 450 bukan sahaja menampilkan prestasi audio yang mantap, tetapi juga gaya yang menyerlah, menjadikannya speaker Bluetooth yang benar-benar mencuri perhatian dalam apa jua suasana.

Sama ada majlis berlangsung di dalam atau di luar, anda tidak perlu risau tentang kualiti bunyi. Speaker mudah alih ini dilengkapi teknologi True Stereophonic 360° yang menghasilkan audio menyeluruh yang bukan sahaja jelas, malah boleh dirasai dari setiap sudut ruang.
Bromley 450 juga berfungsi sepenuhnya tanpa wayar serta tahan percikan air dan habuk dengan penarafan IP55, menjadikannya sesuai untuk pelbagai suasana. Saiznya yang praktikal, bersama pemegang terbina dalam, memudahkan ia dibawa ke mana sahaja dan menjadi teman sempurna untuk setiap suasana hiburan.
Selain itu, Bromley 450 menggunakan bateri boleh ditukar ganti yang sama seperti Bromley 750, membolehkan sesi hiburan berlanjutan lebih lama. Ia turut dilengkapi dua port kombo untuk sambungan mikrofon dan instrumen ideal untuk sesi DJ spontan atau malam karaoke bersama rakan-rakan.
Bromley 450 kini boleh didapati bermula hari ini di kedai rasmi Marshall di Shopee dan Lazada pada harga RM3,699, dan akan mula tersedia di Harvey Norman, Thunder Match serta Urban Republic bermula 31 Mac 2026. Sila rujuk maklumat spesifikasi penuh dan butiran lanjut seperti di bawah.

10 hours ago
7











![[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/f22ad084-7c1e-4f48-9d5a-5875d5755914.webp)























![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)









![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)


