Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026 telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia. Sekaligus muncul sebagai antara momen budaya paling hangat diperkatakan di negara ini.
Acara tersebut mencatatkan hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform, dengan Astro memacu penglibatan kukuh. Ditambah pula dengan multi-platformnya termasuk Astro Ria, Astro AWANI, Astro Gempak, ERA, Astro GO dan Sooka.
Siaran langsung ini mencatatkan penglibatan tinggi, dengan jumlah tontonan keseluruhan merentas semua platform Astro melebihi 4 juta penonton.
Foto – ASTRO MalaysiaDi platform digital, ia meraih lebih 6.5 juta tontonan langsung. Sebelum berkembang kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial Astro dalam tempoh sehari.
Siaran langsung ini turut menyentuh emosi penonton menerusi momen-momen yang penuh makna dan relevan secara sosial. Antara yang paling mencuri perhatian ialah ucapan penuh menyentuh hati oleh Saddiq mengenai Bella sebagai seorang wanita dan ibu yang luar biasa. Di samping menekankan kepentingan institusi kekeluargaan yang kekal utuh.
Mesej ini mendapat perhatian meluas di seluruh Malaysia, menjangkau pelbagai lapisan penonton dan mencetuskan perbualan bermakna di seluruh negara.
Astro turut menampilkan integrasi jenama berteraskan nilai seperti SSPN. Ianya memberi nafas baharu kepada konsep hantaran dengan menekankan kepentingan pendidikan, perancangan kewangan serta nilai berpandangan jauh. Integrasi rakan Kerjasama lain termasuk Kitsui dan Great Wall Motor (GWM).
Pencapaian ini mencerminkan perubahan ketara dalam cara rakyat Malaysia menikmati kandungan hari ini, dengan penonton bergerak lancar antara TV, digital, radio dan media sosial secara masa nyata.
Astro akan terus membawakan pelbagai momen eksklusif dan wajib tonton kepada para penonton., Menerusi liputan istimewa mengenai perjalanan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq termasuk detik perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, secara eksklusif di Astro.

8 hours ago
8


![[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7.webp)



![[VIDEO] Norman Hakim Mohon Maaf Dengan Maria Danisha, Netizen Puji](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6.webp)












![[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4.webp)

















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




