Luckin Coffee Malaysia X Bear Boss Buddies Lancar ‘Escape Into Grape Fantasy’- “Kutip 3 Plushie Comel!”

3 hours ago 3

Untuk menceriakan momen kebersamaan dan persahabatan, Luckin Coffee Malaysia berkolaborasi bersama Bear Boss Buddies menerusi kempen “Escape into Grape Fantasy”.

Kerjasama ini meraikan kegembiraan berkongsi detik indah melalui seleksi siri minuman berinspirasikan anggur dan bunga sakura.

Kerjasama ini menampilkan tiga watak utama, iaitu Bear Boss, Mao dan Capybara. Bersama-sama, mereka bakal menghiasi kalendar Mei Luckin Coffee dengan gaya persahabatan ikonik mereka.

Siri Anggur Untuk ‘Percutian’ Minda Mei Ini 

Kempen “Escape into Grape Fantasy” memperkenalkan minuman anggur dan bunga sakura seperti:

  • Grape Cheese Cloud (Tersedia pada 8 Mei) menampilkan minuman anggur Summer Black dengan lapisan buih keju garam laut yang lebih berkrim.
  • Grape Refresher (Tersedia pada 8 Mei) merupakan gabungan anggur Summer Black, limau nipis serta teh melati yang lebih segar. 
  • Cherry Blossom Latte (Dilancarkan pada 15 Mei) menampilkan latte berwarna merah jambu dengan aroma bunga sakura Guan Shan.

Barangan Koleksi Eksklusif

Kolaborasi ini turut membawa Beg Misteri (Blind Bag) Patung Mainan ‘Wiggly Tail’ Luckin Coffee x Bear Boss Buddies.

Foto – Luckin Coffee Malaysia

Bakal dilancarkan pada 15 Mei, koleksi eksklusif ini menampilkan tiga watak utama plushie comel iaitu Bear Boss, Mao, dan Capybara.

Peminat boleh menebus beg misteri patung mainan percuma dengan pembelian kombo 2 minuman terpilih pada harga RM 24.90 melalui aplikasi Luckin Coffee.

Untuk maklumat lanjut ikuti akaun media sosial rasmi Luckin Coffee Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu atau layari aplikasi Luckin Coffee.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |