Pengarah dan pelakon berbakat, Liyana Jasmay, menyeru pengkritik filem agar lebih berhemah dalam memberikan ulasan terhadap karya tempatan supaya tidak menjejaskan sokongan penonton terhadap industri perfileman negara. Menurut Liyana, 37, kritikan memang perlu bagi memperbaiki mutu sesebuah filem, namun ia seharusnya disampaikan dengan cara yang membina dan bukannya menghentam secara keterlaluan sehingga boleh meranapkan semangat penggiat seni.

“Saya harap pengkritik filem mengkritik dengan lebih berhemah kerana itu memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk pergi menonton. Mungkin mereka tidak suka tetapi ada orang lain okey sahaja dengan filem tersebut. Orang Malaysia sebenarnya suka filem lokal, cuma mereka adakalanya terkesan dengan reviu pengulas filem,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Liyana yang juga pengarah filem Cikgu VS Hantu menegaskan bahawa setiap ulasan yang disiarkan di media sosial, YouTube atau mana-mana platform digital mempunyai pengaruh besar terhadap persepsi penonton. Katanya, satu komen negatif yang disampaikan dengan cara tidak profesional mampu menjejaskan sambutan sesebuah filem yang sebenarnya mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri.

“Kepada yang reviu filem, ulaslah baik-baik sebab bila guna perkataan tak baik, orang akan terus terikut. Sentiasa beri peluang dan ada kredibiliti, kemudian biarkan penonton buat keputusan. Takut sebab kita, orang tak mahu pergi tonton di pawagam. Sebenarnya kalau jadi pengulas filem, kena ada ilmu dan sijil kelayakan. Kalau tiada, komen akan jadi terlalu ekstrem,” jelasnya lagi.
Tambah Liyana, tindakan segelintir pengkritik yang menghentam karya secara berlebihan bukan sahaja menjejaskan jumlah penonton, malah memberi kesan kepada ramai pihak di belakang tabir termasuk kru, pelakon tambahan dan tenaga kerja produksi yang bergantung kepada kejayaan sesebuah filem.

“Industri kita kecil sahaja, kalau boleh nak semua dapat untung. Kalau industri kita ranap, ramai yang akan terjejas. Kalau semua untung, pasti akan ada lebih banyak lagi filem tempatan yang bagus dihasilkan. Jadi, jangan percaya buta-buta sahaja apa yang orang komen dalam TikTok ataupun YouTube. Nak beri komen pun, fikir dahulu,” katanya menutup bicara dengan nada tegas namun penuh harapan agar industri filem tempatan terus maju dengan semangat saling menyokong antara satu sama lain.

2 months ago
62



![[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-18-at-1.10.32-PM.png)

![[VIDEO] Nabila Huda Didiagnos Slip Disc-“Penutup 2025 Dia Kasi Baik Punya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7d5cf99b-0fa5-4212-9663-8db151e7e4db.jpg)


![[VIDEO] Umie Aida Ziarah Anak Fitri Haris Hidap Pneumonia-“Keadaan Adwa Sudah Semakin Baik..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/296c84f7-b948-480b-8cd8-bee8b42e964d.jpg)


![[VIDEO] “Of Course Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya”- Hariz Hamdan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-10.jpg)






![[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-6.png)












![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)