Lepas Buat Lagu Untuk Siti Nurhaliza & Fazura, Isteri Aiman Sidek Buka Mulut

6 hours ago 2

Selepas berjaya menghasilkan lagu Syurgaloka untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan terbaru Kisah Terbaik yang dinyanyikan Nur Fazura, pencipta lagu, Aiman Sidek kini menerima ‘permintaan khas’ daripada insan paling rapat dengannya iaitu isterinya sendiri.

Menerusi satu hantaran di media sosial, isteri Aiman secara berseloroh meluahkan rasa bangga melihat perjalanan kerjaya suaminya yang semakin mendapat perhatian dalam industri muzik.

“Untuk Aiman Sidek, suami saya. Lagu untuk Biduanita Negara, awak dah buat iaitu Syurgaloka. Terbaru Kisah Terbaik untuk pelakon wanita yang paling ikonik di mata saya iaitu Fazura.

“Dan sejujurnya saya sangat bangga dengan hasil kerja keras awak sayang,” tulisnya.

Namun, penghujung kapsyen tersebut mencuri perhatian ramai apabila dia sempat mengusik suaminya kerana masih belum menghasilkan lagu khas buat dirinya.

“Lagu untuk wanita tercantik di mata awak je awak belum buat lagi. So, saya tunggu je lah lagu untuk saya. Baru lah satu Malaysia kenal siapa pemilik suara paling power kat Malaysia ni,” katanya sambil bergurau.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan usikan manja pasangan berkenaan. Malah, ramai berharap Aiman benar-benar merealisasikan permintaan isterinya dan menghasilkan sebuah lagu istimewa khas buat insan tersayang.

Terdahulu, Kisah Terbaik nyanyian Fazura baru sahaja dilancarkan selepas hasrat Aiman untuk bekerjasa dengan pelakon dan penyanyi itu akhirnya menjadi kenyataan. Lagu tersebut turut mendapat perhatian peminat yang memuji sentuhan emosi dalam karya ciptaan Aiman.

Kini, selepas Biduanita Negara dan Fazura menerima sentuhan kreatifnya, peminat pula tertanya-tanya sama ada “projek seterusnya” Aiman benar-benar akan menjadi sebuah lagu khas buat isterinya.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |