Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran tanpa kapsyen yang panjang itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status dirinya.
Dalam hantaran tersebut, Khairul Aming atau lebih popular dengan gelaran “KA”, telah memuat naik sebuah video trend “When I Got My Number One” yang disertakan dengan kapsyen emoji cincin dan hati.
Foto – @khairulaming (Threads)Kapsyen tersebut telah mencetuskan persoalan dalam kalangan pengikutnya, sama ada KA sebenarnya sedang memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah berpunya.
Namun apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bergurau bahawa KA membuat ‘soft launch’ sebelum mengumumkannya secara rasmi.
Foto – @khairulaming (Threads)Pada masa yang sama, KA juga tidak lupa untuk menegur pengikutnya dalam video berkenaan untuk melakukan semula resepi yang dikongsinya sebelum ini.
Untuk makluman semua, Khairul Aming kini kembali dengan siri video masakan “30 Hari 30 Resepi” untuk tahun kesembilan. Siri ini memaparkan menu untuk sahur dan berbuka, memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mencari idea menu baharu yang ringkas serta menarik.

15 hours ago
8











![[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/img_3290.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)




