Pelakon, penyanyi, dan salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Heliza Helmi menitipkan rasa syukur apabila dia bersama 26 sukarelawan Malaysia yang lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.
Heliza Helmi menerusi hantaran di Thread, menegaskan bahawa mereka tidak akan mengundur diri dan akan meneruskan perjuangan sehingga titisan darah yang terakhir.
“Assalamualaikum! Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia!!. Kami tidak akan berundur! Kita akan teruskan perjuangan sehingga titisan darah yang terakhir! Takbir!.”-kongsi Heliza di Thread

“Terima Kasih Kerana Berani & Kuat..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih buat para sukarelawan Global Sumud Flotilla yang disifatkan telah membuka mata dunia mengenai kekejaman ‘Israhell’.
“Hebat tentera-tentera Allah kali ini MasyaAllah. Terima kasih bersuara dan buka mata dunia. Rest well all of you.”
“Terima kasih kerana berani dan kuat. Terima kasih kerana membuka mata dunia, terima kasih kerana berjaya tempuhi misi penuh mencabar ini! Terima kasih pulang dengan selamat. Terima kasih!.”
“Alhamdulillah, selamat sampai. tetap comel walau pun masuk penjara Israhell. Tak sabar nak dengar cerita Heliza nanti. Tengok suami ada, dan parents ada! Support system Heliza memang terbaik!.”
“Alhamdulillah! Allahuakbar, walaupun misi kalian tidak berjaya, tapi dah sampai perairan GAZA tu satu hal yang hebat MasyaAllah! Teruskan berjuang. Moga Allah rahmati jiwa-jiwa berani kamu dunia dan akhirat aamin.”

Untuk info, kesemua 27 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di KLIA, malam tadi.
Sebelum ini, seramai 23 aktivis Malaysia dibebaskan oleh ‘Israhell’ pada 4 Oktober selepas ditahan dan diculik apabila kapal yang dinaiki untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza telah dipintas di perairan antarabangsa pada 2 Oktober lalu.

1 month ago
49


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


