Debaran yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal tiba! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 rasmi dikeluarkan esok iaitu 31 Mac 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi. Confirm ramai calon tak lena tidur mala m ini.
Lebih menarik, keputusan boleh disemak dengan pelbagai cara sama ada secara fizikal di sekolah, online atau pun melalui SMS. Senang dan cepat.
Tarikh & Waktu Penting Semakan SPM 2025
Calon boleh mula menyemak keputusan masing-masing bermula:
- 31 Mac 2026 (10.00 pagi) hingga 6 April 2026 (6.00 petang)
Tempoh ini diberikan bagi memastikan semua calon mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan keputusan masing-masing tanpa tekanan.
Calon Sekolah & Persendirian, Ini Cara Dapatkan Result
Bagi calon sekolah, anda boleh terus hadir ke sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari keputusan diumumkan.
Manakala untuk calon persendirian pula, keputusan boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda mendaftar.
Cara Semak Keputusan SPM 2025
Tak sempat ke sekolah? No worries, ada cara lain yang lebih mudah:
1. Semakan Online
Layari laman rasmi My Goverment
Masukkan maklumat yang diperlukan untuk melihat slip keputusan penuh anda.
2. Semakan SMS
Hanya taip: SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888
Contoh:
SPM 000527031234 WY189A123
Sesuai untuk yang nak check cepat tanpa internet.
Nak Tahu Maksud Gred SPM?
Ini antara takrifan ringkas gred SPM yang kalian akan nampak nanti:
- A+ : Cemerlang Tertinggi
- A / A- : Cemerlang
- B+ / B : Kepujian
- C : Kepujian
- D / E : Lulus
- G : Gagal
Kalau nampak simbol lain seperti “T”, “Digantung” atau “Dibatalkan”, itu merujuk kepada status khas yang memerlukan semakan lanjut.
Tak Puas Hati Dengan Result? Boleh Buat Semakan Semula
Ya betul, anda boleh mohon semakan semula keputusan melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP).
- Caj: RM100 bagi setiap subjek
- Tempoh: Dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan
Kalau ada perubahan, slip baharu akan dikeluarkan. Kalau tak berubah kena redha tapi boleh plan next step!
Setiap tahun, momen keputusan SPM memang jadi ‘core memory’ buat ramai. Ada yang menangis gembira, ada juga yang termenung seketika sebelum bangkit semula. Bagi Murai apa pun keputusannya, ini hanyalah permulaan kepada perjalanan lebih besar. Sama ada anda nak sambung ke IPT, ambil diploma, matrikulasi atau terus bekerja, pilihan sentiasa terbuka luas yang penting, jangan berhenti.

4 hours ago
7

















![[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-28.webp)






![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)

















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




