Nama Bergson Da Silva bukan lagi asing dalam landskap bola sepak tempatan. Penyerang import Johor Darul Ta’zim ini terus mencipta legasi tersendiri apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia dengan 109 gol, memintas rekod lama Indra Putra Mahayuddin. Bagi penyokong setia Johor Darul Ta’zim, Bergson bukan sekadar mesin gol tapi simbol dominasi. No cap, memang level boss.
Lahir pada 9 Februari 1991 di Alegrete, Rio Grande do Sul, Brazil. Bergson Da Silva kini berusia 34 tahun dan memikul status ikonik sebagai No.9 Harimau Selatan. Perjalanannya bukan jalan pintas, bermula di Esporte Clube Pelotas, kemudian mengasah reputasi bersama Cruzeiro-RS iaitu Esporte Clube Cruzeiro (kelab bola sepak dari Selatan Brazil) sebelum namanya benar-benar meledak selepas menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2021 dari Santa Cruz PE (kelab bole sepak dari Timur Laut Brazil).
Via Instagram/ @bergsonbergDari situ, Bergson bukan sahaja menjadi nadi serangan JDT, malah mencipta sejarah apabila memecahkan rekod 109 gol Liga Super, mengatasi legenda tempatan. Dari Alegrete ke Iskandar Puteri, kisahnya membuktikan kerja keras dan konsistensi memang aura penyerang kelas atasan.
Hat Trick Ikonik Lawan Sabah
Detik yang sukar dipadam daripada ingatan peminat hadir pada 21 September 2025, apabila Bergson meledakkan hat-trick dalam kemenangan sensasi 8-0 JDT ke atas Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim. Bermula dengan sepakan penalti, diikuti tandukan kemas hasil hantaran Arif Aiman, sebelum menutup malam gemilang dengan penyudah klinikal, Bergson bukan sahaja mengganas di hadapan gol, malah memahat satu lagi sejarah peribadi. Ketua jurulatih JDT sendiri menyifatkan malam tersebut sebagai “sejarah bola sepak Malaysia”.
Dominasi Head to Head vs KL City
Jika berbicara soal lawan kegemaran, KL City FC jelas antara pasukan yang sering ‘kena’ dengan sentuhan berbisa Bergson. Dalam 16 pertemuan, JDT telah menjaringkan 49 gol, dengan Bergson muncul sebagai penyumbang terbanyak. Rekod ini seiring dengan 14 kemenangan JDT ke atas KL City, sekali gus mengukuhkan status Harimau Selatan sebagai pasukan paling dominan dalam pertembungan ini. Walaupun Bergson tidak diturunkan dalam aksi terbaharu, auranya masih terasa.
Kuasa Bergson & JDT Makin Luas
Bukan sekadar Raja Gol Liga Super, Bergson telah mengumpul 166 gol keseluruhan bersama JDT dalam semua kejohanan satu angka luar biasa yang mengukuhkan statusnya sebagai antara import paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Statistik ini pantas tular di media sosial, dengan ramai peminat menyifatkannya sebagai “era Bergson”.
Via instagram/ JDTLebih manis, Johor Darul Ta’zim turut muncul juara Piala FA terkini, menambah koleksi trofi musim ini dan membuktikan dominasi mereka bukan bersifat sementara. Dalam saingan Liga Super pula, JDT kini mendahului liga dengan jurang 10 mata di puncak carta, satu kedudukan yang membuat pesaing hanya mampu mengejar dari jauh.
Tak hairanlah frasa “Luaskan Kuasamu Johor!” kini menjadi bahan hook popular di TikTok dan X, lengkap dengan klip jaringan Bergson serta sorakan di Stadium Sultan Ibrahim. Aura juara, memang on another level.
Update Kemenangan Terkini JDT
Terbaharu, JDT terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas membelasah KL City 4-0 pada 17 Disember 2025 di Stadium Kuala Lumpur. Gol-gol pantas oleh Cristian Glauder, Manuel Hidalgo, Jairo da Silva dan Óscar Arribas memastikan JDT mengumpul 33 mata daripada 11 perlawanan, kekal tanpa kalah. Lebih manis, kemenangan ini turut meleburkan rekod tanpa kalah KL City di laman sendiri. Savage, tapi classy.

2 hours ago
2





![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)





![[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-18-at-1.10.32-PM.png)

![[VIDEO] Nabila Huda Didiagnos Slip Disc-“Penutup 2025 Dia Kasi Baik Punya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7d5cf99b-0fa5-4212-9663-8db151e7e4db.jpg)


![[VIDEO] Umie Aida Ziarah Anak Fitri Haris Hidap Pneumonia-“Keadaan Adwa Sudah Semakin Baik..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/296c84f7-b948-480b-8cd8-bee8b42e964d.jpg)











![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
