Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah di media sosial, pasti ada sahaja netizen yang tertanya-tanya tentang tahap kekayaan sebenar usahawan tersebut.
Terbaharu, satu perbincangan di laman Threads mencuri perhatian apabila seorang netizen melontarkan persoalan yang agak menarik. Individu itu mengakui keliru mengapa Aliff Syukri yang dilihat sangat kaya tidak pernah dikategorikan sebagai “tycoon” seperti tokoh perniagaan terkenal negara.
“Kenapa Alif Syukri yang nampak kaya tak dikategorikan sebagai tycoon macam Vincent Tan dan Syed Mokhtar. Apa beza diorang?” tulis netizen berkenaan.
Sebagai respon kepada persoalan tersebut, isteri kepada Aliff Syukri iaitu Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid tampil memberikan jawapan yang cukup tenang dan merendah diri.
Menurut Shahida, mereka tidak melihat diri mereka setaraf dengan tokoh korporat besar negara seperti Vincent Tan Chee Yioun atau Syed Mokhtar Al-Bukhary.
“Beza la kami ni peniaga kecil, otak tak berapa pandai, jadi kena la kerah guna tenaga. Kami bilis-bilis je awak, tak layak nak dibandingkan pun,” tulis Shahida.
Jawapan itu ternyata mendapat reaksi positif daripada ramai netizen yang memuji sikap rendah diri pasangan usahawan tersebut.
Malah, ada yang tampil mempertahankan pasangan itu dengan menyatakan bahawa sumbangan mereka kepada masyarakat juga sangat besar, khususnya dari segi zakat.
“Your contribution in zakat every year has helped a lot of asnaf. And that matters the most Datin. You are giant ikan bilis. And as a Muslim and Malay, I’m proud of you and Dato achievement… great big giant ikan bilis,” tulis seorang pengguna.
Perkongsian itu sekali lagi mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen tentang perbezaan antara usahawan yang membina empayar perniagaan berskala korporat besar dengan peniaga yang berjaya melalui jenama sendiri.
Apa pun, bagi ramai pengikut mereka, kejayaan Aliff Syukri dan Shahida tetap dianggap inspirasi – lebih-lebih lagi apabila mereka dilihat tidak lokek berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

3 hours ago
4









![[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-28.webp)






![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)























![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




