Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

5 hours ago 7

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah dibuat terhadap keluarga isterinya sebelum ini.

Menurut Syed, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, dia tidak mahu hubungan kekeluargaan terjejas jika isu tersebut dipanjangkan lagi. Pada masa yang sama, dia juga memilih untuk berdamai memandangkan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Foto – @syed.jeev (FB)

“Saya malas nak panjangkan cerita dan ambil keputisan tarik balik laporan polis kerana enggan ada persengketaan lagi dengan keluarga mentua. Nak berbaik saja, tak nak ada isu di kemudian hari. Bagi saya, yang muda kena menghormati yang tua sama ada kita betul atau salah.”

Kongsi Syed lagi, keputusannya itu tidak diketahui oleh isterinya, Fatin Syazwani Ishak. Pada awalnya, dia memberitahu isteri bahawa mereka bakal membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membuat persiapan raya.

Foto – @syed.jeev (FB)

Namun sebaliknya, Syed membawa isteri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk menarik semula laporan polis berkenaan. Kongsinya lagi, isteri berada dalam keadaan terkejut dan tidak dapat menahan sebak dengan tindakannya.

“Isteri tak tahu, sebelum keluar tadi saya solekkan dia dan dia tanya nak ke mana. Saya kata nak ajak dia ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur untuk berbelanja keperluan raya. Tapi selepas siap semua, saya memandu ke balai polis dan dia terkejut kenapa ke situ dan tertanya apa kesalahan dibuat.

Isteri nampak cua dan bila beritahu pegawai polis, saya nak tarik laporan polis terhadap keluarganya, isteri terkejut kemudian menangis.”

Untuk rekod, beberapa ahli keluarga Fatin Syazwani didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan Prince Syed dalam satu insiden berlaku di Klang pada tahun lepas.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |