Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

5 hours ago 2

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di platform Threads.

Berdasarkan pemerhatian MURAI, teguran itu dibuat selepas pemilik konten terbabit memaparkan sebuah situasi yang didakwa mempersendakan ibadah solat dan mencetuskan rasa kurang selesa ramai.

Dalam video pendek tersebut, seorang pemuda yang sedang menunaikan solat terpaksa berhenti seketika semasa rukuk untuk mengambil semula barang-barangnya yang jatuh daripada poket baju. Adegan tersebut mendapat kritikan ramai apabila pemuda itu memaparkan dia membawa rokok elektronik dan menonton kandungan video yang kurang sopan semasa bulan Ramadan.

Foto – @ieansho (Threads)

Melihatkan video tersebut, Kamal tampil membuat teguran dengan menegaskan bahawa ibadah solat tidak boleh dibuat sebagai konten hiburan.

“Jangan buat lawak yang tak lawak melibatkan solat dik. Benda dah basi lawak macam ni. Okay adik. Cikgu displin tolong ambil tindakan.”

Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan teguran Kamal. Pada masa yang sama, ramai juga mendedahkan bahawa pemuda tersebut sering mencipta konten berkaitan agama untuk dijadikan bahan hiburan.

“Sakit hati tengok benda-benda macam ni buat main, macam nak sumbat pod tu dalam mulut dia.”

“Bro, kau kena tengok dia buat content challenge suruh budak tak puasa. Dia offer RM10 untuk sesiapa yang makan Mamee Monster di siang Ramadan.”

Pada pendapat MURAI, setiap individu perlu tahu batas dan jangan menjadikan perkara berkaitan agam sebagai bahan gurauan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |