Umum mengetahui, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato’ Abdul Aziz pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Terkini, tular satu video yang dimuatnaik oleh salah seorang jurusolek terkenal, Gebriel Padan yang berkongsi momen sedang tatarias Tengku Amir Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini untuk Istiadat Persandingan Diraja Raja Muda Selangor yang berlangsung pada 22 Oktober lalu.
“Sekilas pandang ekslusif ke dalam kemegahan Istiadat Persandingan Diraja Selangor, perkahwinan diraja yang menyatukan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.”-kapsyen Gebriel di TikTok
@gebrielpadan_Behind the Veil of Majesty 👑 An exclusive glimpse into the regal splendour of the Istiadat Persandingan Diraja Selangor, a royal wedding uniting Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah and Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini. Bride Makeup: @gebrielpadan_ Bride Hairstylist: @hamidijamili Groom Makeup & Hairstylist: @hamidijamili An exalted Royal Glamour showcase with @guccibeauty, personifying supreme luxury, hereditary grace, and the modern majesty of aristocratic elegance. #royalcouple #royalwedding #royalselangor #rms #dps #royalmalaysia #malaysianroyalwedding #gebrielpadan #gucci #guccibeauty #guccimalaysia
♬ original sound – Gebriel Padan – Gebriel Padan
Netizen Terpegun!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat kejelitaan Permaisuri Raja Muda Selangor yang anggun menggyakan busana tradisional seni tekstil Melayu yang berusia beratus tahun iaitu Telepuk bermotifkan tampuk manggis.
Motif ini amat disayangi oleh Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah binti Almarhum Raja Ahmad, suri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, dan moyang kepada DYTM Tengku Amir Shah. Almarhumah dikenang sebagai penaung seni warisan yang tekun memperjuangkan kraf tradisional Melayu, termasuk seni telepuk yang turut diamalkan sendiri oleh baginda.
“Telepuk tu dah usia ratusan tahun. Terbaik sangat angkat kraf tradisional Melayu Klasik.
“Suka tengok kerabat kahwin penuh protokol posing pun tak over-over manja.”
“Cantik baju tradisional sesuai dengan tiaranya 😍.”
“Klasik sungguh mukanya 😍.”
“Macam wajah permaisuri raja zaman dulu-dulu. Penuh anggun kemelayuan.”
“Cantik manis lembut klasik.”
“Sebenarnya orang Melayu memang cantik.”
“Cantik sangat pengantin diraja. Busana pun cantik 😍.”
Apa komen anda?

3 months ago
103






![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)








![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

![[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-17-at-5.36.52-PM.webp)












![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)









![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)




