Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

8 hours ago 10

Satu perkongsian di media sosial mencetus perhatian ramai apabila seorang individu mendakwa ibunya tidak dibenarkan memasuki sebuah butik pakaian di Bangi kerana menggunakan kerusi roda.

Menurut perkongsian di Thread, insiden tersebut berlaku ketika kakaknya baru sahaja ingin menolak ibu mereka masuk ke dalam premis.

Namun, staf di pintu masuk didakwa tidak membenarkan kerusi roda dibawa masuk dengan alasan ianya adalah polisi kedai. Mereka juga diminta untuk meninggalkan kerusi roda di luar.

Persoalan besar turut ditimbulkan mengenai nasib pelanggan warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang sememangnya bergantung kepada alat bantuan mobiliti.

Keluarga berkenaan memutuskan untuk meninggalkan premis itu serta-merta.

via Thread /@puterinadiasabdin

Isu Kemudahan Akses Jadi Perhatian

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif terhadap golongan kurang upaya.

Seorang pengguna kerusi roda meluahkan bahawa meminta individu meninggalkan alat bantuan mobiliti sama seperti menafikan hak asas mereka untuk bergerak.

Ada yang menegaskan bahawa kemudahan akses bukan satu keistimewaan, tetapi hak.

Ada juga yang cuba melihat dari sudut operasi perniagaan. Mungkin pihak premis bimbang tentang ruang sempit, risiko pakaian tersangkut atau kesan pada lantai.

Namun, warganet mencadangkan agar pihak premis menyediakan kerusi roda khas untuk kegunaan dalam premis ataupun menetapkan ruang tertentu bagi pelanggan OKU supaya mereka tetap boleh masuk dan membeli-belah dengan selesa.

via Thread /@6nol4_9687
via Thread /@fatin.iqa
via Thread /@coconuttynut
via Thread /@cera_zamri

Akses Untuk Semua, Bukan Pilihan

Isu ini membuka perbincangan lebih luas mengenai kesedaran kemudahan akses di ruang komersial.

Ramai mengingkatkan bahawa ketidakupayaan bukan sesuatu yang statik tetapi sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian daripada komuniti itu pada bila-bila masa akbiat kemalangan, faktor usia atau kesihatan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak butik berkenaan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam dunia perniagaan yang semakin berdaya saing, empati dan akses sama rata bukan lagi nilai tambahan. Malah, ia adalah asas kepercayaan pelanggan.

Jika benar wujud polisi sedemikian, ramai berharap ia dapat diteliti semula demi memastikan semua lapisan masyarakat dilayan dengan hormat dan bermaruah.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |