Rezeki Ramadan! Dompet Elektronik RM20 Buat Pengunjung & RM100 Buat Peniaga Bazar

12 hours ago 9

Menjelang Ramadan, ada berita baik untuk kaki bazar dan peniaga juadah berbuka puasa. Kerajaan negeri tampil dengan inisiatif khas menerusi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) bagi membantu orang ramai serta peniaga menghadapi peningkatan kos sara hidup sepanjang bulan puasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri dijangka membelanjakan RM192,000 bagi memberi insentif kepada 9,600 pengunjung terawal yang hadir ke tapak Bazar Ramadan Rahmah (BRR).

RM20 Terus Masuk Dompet Elektronik

Pengarah KPDN negeri, Mohd Mufsi Lat, berkata seramai 1,200 pengunjung terawal di lapan lokasi BRR akan menerima insentif sekali bayar sebanyak RM20.

Bayaran tersebut akan dikreditkan terus melalui dompet elektronik, sekali gus memudahkan proses agihan tanpa tunai.

“Seramai 1,200 pengunjung terawal yang hadir ke tapak BRR untuk membeli-belah pelbagai juadah berbuka puasa dipilih menerima insentif sekali bayaran RM20 dan akan dikreditkan melalui bentuk dompet elektronik” katanya.

“Insentif itu disediakan kerajaan bagi membantu masyarakat menjimatkan perbelanjaan terutama menyediakan juadah berbuka puasa,” katanya selepas Sesi Jelajah Mesra Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

Pengarah KPDN negeri, Mohd Mufsi Lat

Peniaga Turut Terima RM100

Bukan setakat pengunjung, peniaga terpilih di bazar Ramadan juga tidak dilupakan.

Mereka akan menerima insentif sekali bayar sebanyak RM100, turut disalurkan melalui dompet elektronik sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap golongan peniaga kecil sepanjang Ramadan.

100 Lokasi PJRM Sepanjang Ramadan

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sebanyak 100 lokasi termasuk kawasan pedalaman dipilih bagi pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sepanjang Ramadan.

• 51 lokasi diadakan dalam premis
• 65 lokasi secara bergerak

“PJRM Ramadan diadakan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain memberi manfaat secara langsung dengan penawaran harga barangan keperluan asas antara 10 peratus dan 30 peratus,” katanya.

Via foto ihsan Kosmo

Turun Padang Hingga Ke Perkampungan Orang Asli

Menariknya, PJRM turut diperluaskan ke dua perkampungan Orang Asli iaitu:

• Sungai Pergam, Kemaman
• Sungai Berua, Hulu Terengganu

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan pengusaha pasar raya.

Bagi Murai, inisiatif BRR dan PJRM ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada pembeli, malah menyuntik semangat peniaga bazar untuk terus berniaga sepanjang Ramadan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |