Musim Tahun Baru Cina memang setiap tahun jadi detik paling sibuk buat industri pelancongan. Tahun ini pun nampaknya lebih meriah apabila Emirates mendedahkan trend tempahan Februari 2026 yang memperlihatkan bagaimana rakyat Asia Tenggara, termasuk Malaysia, mengambil peluang cuti untuk reunion keluarga dan terbang ke destinasi impian.
Malaysia jadi tumpuan
Aliran masuk ke Malaysia banyak datang dari UK, Emiriah Arab Bersatu, Jerman dan Amerika Syarikat. Bukti negara kita kekal ada tarikan tersendiri bila tiba musim perayaan.
Majoriti pelancong yang tiba adalah solo (61%), diikuti pasangan (20%) dan keluarga (10%). Ramai balik bukan sekadar bercuti, tapi nak jumpa orang tersayang.
Rakyat Malaysia pun apa kurangnya!
Bagi yang keluar negara pula, destinasi jauh terus jadi pilihan. Antara paling popular termasuk Dubai, Istanbul, Kaherah, London dan Paris.
Profilnya? Solo mendahului dengan 53%, diikuti pasangan 21%, kumpulan rakan 14% dan keluarga 10%. Memang ramai yang ambil peluang cuti panjang untuk terbang jauh.

Dalam pesawat pun ada feel perayaan!
Bukan setakat destinasi jadi perhatian, pengalaman dalam penerbangan pun naik level. Sempena meraikan Tahun Kuda, Emirates menyediakan pelbagai sentuhan istimewa sama ada di darat mahupun di udara.
Dari 17 hingga 19 Februari 2026, penumpang boleh menikmati hidangan panas serta pencuci mulut tradisi di lounge terpilih termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Lapangan Terbang Changi Singapura dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, selain beberapa hab utama lain di Asia Timur.
Untuk penerbangan pula, antara 16 hingga 20 Februari, kemeriahan dibawa terus ke dalam kabin. Tetamu akan menerima angpao berisi syiling coklat, memang kecil tapi vibe perayaan itu sampai!
Bagi laluan antara Dubai dan Kuala Lumpur, setiap kelas kabin ada kejutan tersendiri. Penumpang premium bakal menikmati kek mousse laici dan mawar bersalut coklat putih. Manakala di Kelas Ekonomi, sagu kelapa dan taro bersama manisan buah serta kacang merah menanti.
Hiburan pun ikut tema
Sistem hiburan dalam penerbangan, ice, turut tampil dengan pilihan bertemakan Tahun Baru Cina. Antara judul yang ditampilkan termasuk Legend of the Condor Heroes: The Gallants.
Paling best, penumpang dari Malaysia tetap boleh layan filem, rancangan TV dan muzik dalam bahasa Melayu. Jadi walaupun terbang beribu batu, rasa dekat dengan rumah itu masih ada.

Kesimpulannya, musim perayaan kali ini memang bukan sekadar tentang sampai ke destinasi, tapi keseluruhan pengalaman dari lounge sampai mendarat. Memang lain macam!
Kalau berpeluang, destinasi mana yang ingin diterokai dahulu?

15 hours ago
8






![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)

![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)


![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)



















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)





![[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/2-10.jpg)
![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






