Momen manja antara ratu rock Malaysia, Ella dan suaminya, Azhar Husaini Ghazali, kembali jadi bualan hangat netizen selepas satu video tular di TikTok. Dalam klip yang dikongsikan oleh akaun @leeyabayieng itu, ratu rock berkenaan kelihatan santai bergurau sambil makan bersama kakaknya, Jojie. Namun apa yang paling mencuri perhatian apabila Azhar tanpa segan silu menghadiahkan ciuman di bibir buat isterinya. Alahai, romantik betul!
Rata-rata netizen yang menonton terus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi majoritinya rasa sweet, malah ada yang siap cemburu.
Antara komen yang mencuit hati:
“aku pernah semanja ella, namun ujian datang tanpa ku duga dan kemudian ku bertukar menjadi singa”
Ada juga yang melihat tindakan spontan si suami sebagai bukti Ella sebenarnya bertuah.
“kira ok lgi husband sanggup kiss depan orang.. ada orang tu jangan harap husband ko layan, depan orang.. Meaning Ella beruntung ada suami seperti itu”
Tak kurang juga yang terhibur melihat sisi manja penyanyi berstatus legenda itu.
“suka tengok kak Ella manja sungguh… lagi-lagi bila manja dengan suami.. saya kalau manja mcm ni mau suami pengsan, sebab terkejut”
@leeyabayiengInilah perangai sebenar Ratu Rock kita. Nmpk sgt seronok sekali sekala dpt jumpa aku (eh terbalik🤣). Ada je bende dia buat😅 Macam meminta lak kita record guna spek kelip-kelip ni. Tak record kang, takleh lak share dgn korang😆 @Ella Aminuddin @azharrzs @jojiemaryam #raturockella #myrockqueen #capturedwithraybanmeta
♬ original sound – Leeya | Bayieng 😎 – Leeya | Bayieng 😎
Apa pun, ramai bersetuju pasangan ini memang nampak bahagia, malah kemesraan mereka buat ramai yang tersenyum sendiri.
Untuk rekod, pada 7 Julai 2012, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar yang merupakan juruterbang Firefly. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Klang, Baharudin Abu Bakar dengan abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM50,300 selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.
Majlis resepsi pasangan ini pula berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember 2012.
Dalam masa sama, perhatian terhadap Ella juga makin memuncak selepas kejayaan penganjuran konsert berskala besar yang menghimpunkan peminat dari seluruh negara menerusi Konsert Majlis Tertinggi Ella yang baru berlangsung. Aura dan tenaga beliau di pentas masih berbisa, jadi tak hairanlah kehidupan peribadi penyanyi ini turut jadi tumpuan.
Sweet atau tidak, yang pasti video ringkas ini cukup buat peminat rasa dekat dan tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga idola mereka.

16 hours ago
8








![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)


![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)



















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)





![[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/2-10.jpg)
![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






