[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

18 hours ago 8

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syed Hasif Syed Othman menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan penampilan isterinya yang memakai t-shirt ketat berwarna hitam bersama seluar jeans berwarna biru sedang berniaga di salah sebuah tapak bazar Ramadhan.

@prince.syed.shahid

Jom ke Bazar Ramadhan ANEKA WALK KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM RM 10 NASI AYAM MASAK MERAH 2 KETUL BANJIR + SAYUR + IKAN MASIN BULU AYAM Paling penting ayam kita bagi 2 ketul 🥰 Kuah pula banjir , baru lah surrrrr RM 10 SAHAJA NASI PALING MURAH DI BAZAR RAMADHAN & PALING MURAH DI MALAYSIA Kita jumpa lagi 4 hari ya semua Di Bazar Ramadhan Aneka Walk Kompleks PKNS Shah Alam ( puasa pertama hingga akhir puasa )

♬ original sound – ❣️Thakur❣️

Undang Kritikan & Teguran Netizen!

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen yang rata memberikan kritikan dan teguran terhadap penampilan isteri Prince Syed yang dikatakan semakin ketat, malah ada yang berpendapat seorang suami yang menjaga agama akan menjaga isterinya dari bertabarruj.

“Terus pakai inner.”

“Dulu selalu pakai jubah abaya. Bila kurus kena pakai ketat-ketat.”

“Jimat duit tak payah bazir beli baji mahal-mahal. Pakai inner je sudah.”

“Kurus sebab bariatrik cepat lah kurus, ada duit semua boleh buat.”

“Suami yang betul-betul jaga agama dia akan jaga isteri dia dari bertabarruj dan dilihat mata-mata yang tak sepatutnya melihat.”

“Kalau kurus je memang kena balut badan kan supaya orang tak nampak dah kurus. Kalau tak orang tak nampak.”

Sebelum ini pernah tular satu video yang memaparkan ibu mentua kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang mendakwa dia telah melarikan anak perempuannya, Fatin selain dikatakan telah mendesaknya untuk menjalani pembedahan bariatrik (pembedahan perut).

Malah, turut memaparkan keadaan Fatin yang sedang duduk di atas katil sebuah pusat perubatan yang memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya agar diberikan kesembuhan dengan cepat selain menyatakan bahawa dia bakal dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja agar isterinya bakal istiqomah menutup aurat dengan sempurna. Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |