“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

15 hours ago 8

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis.

Mia Sara atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan menerusi hantaran di Threads, berpendapat apabila berkata-kata dalam keadaan terburu-buru dan penuh perasaan marah, apa yang keluar dari dirinya itu hanyalah kata-kata makian sahaja.

Manakala, apabila berada dalam keadaan tenang dan sabar, dia boleh memberikan jawapan berasaskan fakta dan tidak bergantung kepada emosi.

“Bila kita terburu buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja, bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta bukan emosi.”-tulis Mia di Threads

Dalam pada itu, Mia turut membidas netizen yang melakukan ‘body shaming’ kepadanya selepas tampil memberikan kenyataan terhadap aktres terkenal tersebut.

“Bila dah kalah dengan fakta, mula lah kata tak nak dengar, body shaming dan sebagainya. Macam budak bila kalah perdebatan.”-tambah Mia lagi

Dipuji Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang memuji sikap Mia yang berani tampil menegakkan hak diri sendiri tanpa mengaibkan pihak terlibat.

“Dari awal saya nampak betapa matangnya awak uruskan isu. Masa nama awak naik kerana benda buruk, awak biarkan ia sejuk dulu dan tak serang pihak sana. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan selamat berpuasa Mia.”

Mia bijak pandai, lepas ni tak payah la komen-komen bodoh tu. Nanti ada orangs engaja twist lagi. Mia teruskan je saman si terpaling mangsa tu sekeluarga. Kemain eh jantan-jantan tu siap nak pijak anak orang. Dia ingat ni negara Pazola ke apa tak ada undang-undang.”

“Walaupun ramai yang kata tak nak dengar penjelasan awak, dah basi dah topik ni. Saya nak cakap terima kasih Mia kerana tampil bersuara. Kalau awak tak buat statement memang saya ingat awak ni pembuli. Now saya 100% di pihak awak. Menegakkan hak tanpa mengaibkan pihak sana. Tak perlu burukkan orang untuk nampak baik.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |