Video Siti Nurhaliza Di Giant Jadi Perbualan, Netizen Seloroh B40 & M40 Pula ‘Acah Premium’?

11 hours ago 7

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tak pernah lekang daripada perhatian. Apa saja yang dilakukan Biduanita Negara ini pasti jadi bualan, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan sisi peribadinya sebagai isteri dan ibu.

Terbaharu, tular satu video memaparkan Siti atau mesra disapa TokTi membeli barangan keperluan dapur di Pasaraya Giant bersama anak perempuannya. Bukan acara eksklusif, bukan juga majlis glamor, cuma rutin harian seorang ibu yang turun sendiri membeli barang.

Namun itulah yang mencuri perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, Siti dilihat santai memilih barangan dapur, menolak troli sendiri tanpa kelibat pembantu peribadi. Sikapnya yang bersahaja membuatkan ramai netizen kagum, malah ada yang mengakui rasa “tertampar” melihat kerendahan dirinya.

@fatinizahari

Hihi rezeki shopping petang terjumpa tokti 🌸

♬ original sound – iamlisa🎶💃🏼 – 🎶🎧LISA💃🏼🎶

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Dato seri cek ooi.. pi beli barang sendiri.. x mintak pembantu pi tolong beli pun.. ih kalau aku la di tempat dia goyang kaki ja di rumah… mungkin itulah aku x kaya kot.”

“Siti yang T20 pn shopping kt Giant ..B40 dgn M40 yg acah2 tu shopping kt Aeon.”

“Dato siti bukan kaya biasa2 wey, tapi tengok la shopping giant je… turun sendiri beli barang .. the real humble siak.”

Ramai yang memuji Siti kerana tidak memilih pasaraya premium walaupun berada dalam kelompok T20. Sebaliknya, beliau dilihat selesa membeli-belah di Giant, yang sinonim dengan pilihan harga berpatutan dan sering menjadi destinasi utama golongan B40.

 Instagram @ctdkVia: Instagram @ctdk

Dalam masa sama, ada juga netizen yang memaklumkan bahawa pasaraya tersebut memang terletak berhampiran kediaman Siti.

“Ini mmg giant yang dekat dengan rumah Tokti tu kan? Sebelum ini saya pernah baca komen tokti memang selalu belanja situ dorang yang dah biase memang selalu nampak tokti.”

Jika benar, jelaslah kunjungan itu bukan sekadar ‘content’, tetapi rutin biasa seorang selebriti yang tetap menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Hakikatnya, inilah sisi Siti Nurhaliza yang sering membuatkan ramai terus menyayanginya. Di sebalik gelaran Biduanita Negara, pencapaian luar biasa dan kekayaan yang dimiliki, beliau tetap memilih untuk berpijak di bumi nyata.

MURAI fikir, mungkin inilah rahsia rezeki yang tak pernah putus,  rendah diri walau berada di puncak.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |