Diskaun 30% Yuran Universiti Australia! MARA Jimat Hingga RM300,000 Seorang Pelajar

13 hours ago 9

Berita baik buat pelajar tajaan luar negara, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya memperoleh diskaun yuran pengajian antara 20 hingga 30 peratus hasil rundingan bersama beberapa universiti terkemuka di Australia.

Langkah itu dijangka menjimatkan antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi pembiayaan seorang pelajar, satu angka yang cukup signifikan dalam kos pengajian luar negara.

Rundingan Bersama Tiga Menteri Australia

Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan kejayaan tersebut dicapai menerusi siri pertemuan rasmi bersama tiga menteri Australia dan lima universiti utama negara itu dalam lawatan kerja terbaharu beliau.

“Alhamdulillah, misi perundingan kali ini sangat menakjubkan apabila kami berjaya menyempurnakan empat perjumpaan penting dan memperoleh perbincangan yang amat berkesan,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Pengerusi Mara Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Archives - Utusan MalaysiaPengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki

Pertemuan berkenaan melibatkan:

  •  Jason Clare, Menteri Pendidikan Australia
  •  Andrew Giles, Menteri Kemahiran dan Latihan
  • Julian Hill, Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa

Fokus Kurangkan Kos, Luaskan Akses

Menurutnya, lawatan itu mempunyai matlamat jelas iaitu meningkatkan akses pelajar MARA ke institusi pendidikan berkualiti tinggi di Australia, namun dalam masa sama mengurangkan kos pembiayaan luar negara.

@drasyrafwajdi

DEMI PENDIDIKAN ANAK BANGSA Alhamdulillah, jadual padat sepanjang 4 hari berada di Australia dimanfaatkan sepenuhnya melalui beberapa pertemuan strategik bersama pemimpin utama sektor pendidikan negara Australia iaitu Jason Clare, Menteri Pendidikan Australia, Andrew Giles, Menteri Kemahiran dan Latihan serta Julian Hill, Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa sebelum bertemu dengan beberapa universiti terkemuka Australia termasuk Monash University, RMIT University, University of Melbourne, University of Sydney dan University of New South Wales (UNSW). Lawatan ini berteraskan tiga objektif utama: 1. Memperluas pendidikan transnasional (silang negara) secara lebih efektif dan mampan, termasuk meneroka model kerjasama baharu yang lebih kos efektif seperti program berkembar, 2+2 dan 3+1 dalam pelbagai bidang strategik. Pendekatan ini membolehkan kos dioptimumkan tanpa menjejaskan kualiti, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai pelajar MARA melanjutkan pengajian ke Australia. 2. Memperkukuh agenda High TVET melalui pemindahan teknologi, penyelidikan bersama serta jaringan industri antarabangsa. Kerjasama ini bukan sekadar mobiliti pelajar, tetapi melibatkan pembangunan kurikulum berimpak tinggi, pendedahan kepada teknologi High TVET, semikonduktor, dan lain-lain serta peluang latihan industri bertaraf global. Pendekatan ini memperkukuh laluan pendidikan teknikal dan profesional ke peringkat antarabangsa serta membuka peluang lebih luas kepada pelajar TVET berprestasi tinggi. 3. Meningkatkan hubungan strategik ke tahap lebih tinggi. Bersempena ulang tahun ke-60 MARA tahun ini, kita komited memperkukuh kolaborasi sedia ada termasuk rundingan kadar diskaun yuran pengajian supaya jumlah pelajar dapat ditingkatkan secara mampan dan berterusan pada masa hadapan. Segala usaha ini tidak lain dan tidak bukan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus menjadi keutamaan. InsyaAllah, MARA akan terus komited memartabatkan agenda pendidikan serta mengangkat generasi muda negara ke peringkat global agar mampu bersaing dan cemerlang di pentas dunia. MerakyatkanMARA WeAreGenMARA HebatkanMARA MARA60Tahun HidupKuMilikUmmah HidupBiarBerjasa

♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Tambah beliau, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, katanya serius memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memperluas laluan pengajian untuk pelajar.

“Objektif utama kita memastikan pelajar mendapat pendedahan silang negara yang menyeluruh dan bermanfaat. Pada masa sama, kita perlu berfikir secara kreatif bagaimana untuk meningkatkan jumlah pelajar dihantar ke luar negara dengan kos yang lebih rendah,” katanya.

Model 2+2 & 3+1 Jadi Alternatif

MARA turut meneroka model kerjasama baharu seperti program 2+2 atau 3+1, yang membolehkan pelajar mengikuti sebahagian pengajian di Malaysia sebelum menyambung baki tempoh di Australia.

Pendekatan ini bukan sahaja berpotensi mengurangkan kos keseluruhan pengajian, malah membuka peluang kepada lebih ramai pelajar menyambung pengajian ke luar negara.

Menariknya, tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-60 MARA, sekali gus memperkukuh lagi hubungan kerjasama pendidikan Malaysia-Australia yang telah lama terjalin.

Bagi Murai, dengan perkembangan ini, lebih ramai pelajar berpeluang menggapai impian ke Australia tetapi dengan kos yang lebih terkawal dan strategik.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |