RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut agama.
Menghidupkan tema ‘Puasa Tetap Puasa’, drama-drama ini disiarkan sepanjang bulan puasa melalui saluran utama seperti TV1, TV2, Okey dan RTMKlik, yang turut sama memfokuskan kepada nilai murni, pengajaran, serta kehidupan seharian.
Terus memastikan penonton mendapat pengisian yang bermanfaat sepanjang bulan mulia ini, empat tajuk drama bersiri dipilih merangkumi dua drama tempatan dan dua drama Indonesia terkenal antaranya dibintangi pelakon Johan A’sari, Aprena Manrose, Hazwani Helmi, Reza Rahadian, Maizura, dan Riza Syah.
RINDU MEDINA

Nantikan drama adaptasi novel Rindu Medina karya Sophilea dan arahan Zamri Zakari. Perjalanan 13 episod ceritanya berkembang dengan watak utama Medina Raudhah, seorang gadis yang hanyut dengan keseronokan dunia sebelum bertemu Syed Yeusof. Pertemuan mereka di bumi Rasulullah menjadi titik permulaan perjalanan cinta dan perubahan dalam hidupnya.
Pelakon: Johan As’ari, Aprena Manrose, Amy Nur Tinie dan Azhar Amir.
FERRY PUASA KE?

Plot cerita Ferry, seorang pereka fesyen, berpura-pura mendalami agama dengan ustaz terkenal demi melariskan produknya. Namun ketika di madrasah, dia jatuh cinta dengan Zaara, anak ustaz, yang akhirnya juga jatuh cinta padanya. Namun apabila kebenaran terbongkar, Zaara berdepan dilema antara cinta dan kejujuran.
Pelakon: Alif Hadi, Hazwani Helmi, Heliza Helmi,
AKU BUKAN USTAZAH

Mengisahkan Farah, seorang wanita jalanan melarikan diri dari tempat kerjanya selepas dituduh membunuh pelanggannya. Dia kemudian cuba memulai hidup baru, dan semasa pelariannya bertemu pemuda bernama Pandu yang membantunya mencari jalan yang lebih baik dan berpegang pada nilai hidup yang baru.
Bersama Pandu dia mula belajar solat dan membaca al-Quran. Dalam proses itu, hubungan mereka berkembang, penuh konflik dan cinta.
Pelakon: Maizura, Riza Syah, Queen Gendis, Dini Hanipah, dan Rizky Alatas.
MASJID YANG TAK DIRINDUKAN

Mengisahkan Malik, seorang pemuda yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai pengurus dan imam di Masjid Nurul Madinah selepas kematian bapanya, Pak Abu.
Meskipun masjid tersebut megah setelah diubahsuai tetapi kehadiran jemaah ke masjid kurang memuaskan menjadikan ia & masjid yang tak dirindukan & Malik pada awalnya menolak kerana ingin mengejar impian kerjayanya sendiri.
Namun akhirnya dia akur untuk menerima tanggungjawab tersebut demi membalas budi bapanya. Drama ini menonjolkan konflik perjuangan Malik memakmurkan masjid, kisah cinta, dan nilai-nilai keagamaan.
Pelakon: Donita, Reza Rahadian dan Fita Anggriani.

18 hours ago
9






![[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a85edd03-eddc-49da-a4ff-435bdde2f68b.webp)










![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)

















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)







![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

