Insiden peserta program realiti ‘Talk To My Manager‘ (TTMM), Ahmad Dayyan yang telah rebah selepas melakukan persembahan terakhir di pentas Grand Finale baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai.
Melihatkan keadaan Ahmad Dayyan atau mesra disapa sebagai Amad yang sangat ‘parah’ itu, penyanyi Syaza Amzah berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya ketika dia berada di lokasi yang sama.
@f8buzzApa jadi pada Amad?! 🔥 🎤✨ Talk To My Manager minggu 8, konsert Grand Finale! Siapa pengurus terbaik, artis mana bakal juara sulung?! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #amad
♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz
Tidak terkejut melihat insiden itu terjadi, Syada menerusi perkongsiannya di platform Threads mengatakan dia juga pernah merasai vibe yang agak ‘aneh’ di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu juga.
“Talk To My Manager tu buat dekat MBSA ke, kalau ye tak hairanlah kerana tempat itu berhantu, sangat-sangat.”
Hadir sebagai penonton, Syada akui perasaan seram itu tetap muncul dan ianya bukan khabar angin untuk menakutkan orang ramai. Malah penyanyi itu juga mendakwa ianya terjadi bukan kerana ‘hantaran’ individu tertentu, tetapi disebabkan oleh lokasi terbabit.
“Tetapi sejak perkara ini jadi dalam setiap program, jujurnya saya tak rasa orang hantar benda bukan-bukan, saya rasa kerana dewan itu sendiri. Saya masuk situ hanya sebagai penonton, terutamanya bahagian pentas belakang. Segala bulu roma berdiri.”
Tambah Syada, penyanyi itu mengimbau kembali pengalaman seram yang dialaminya sendiri ketika menyertai program nyanyian ‘Big Stage’ (Musim 2). Akuinya, dia ternampak penampakan entiti yang berada di belakang pentas sebelum membuat persembahan.
“Ingat dalam Big Stage ada kapsul? Kami perlu bersiap sedia bersendirian di situ sebelum menghadap penonton? Semasa saya di Big Stage 2, ‘benda’ tu betul-betul di atas kepala saya merenung jauh ke dalam mata saya. Saya ingat dengan jelas. Ia juga berlaku pada malam saya tersingkir.”
Perkongsian seram oleh Syada Amzah secara tidak langsung telah mencuri perhatian ramai dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di Auditorium MBSA.
Apa kata kamu?