MURAI dengar-dengar, suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor pagi tadi ceria lain macam! Mana tidaknya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melalui jenama comel mereka, Gardenia Squiggles, turun padang membawa lebih 1,300 pek snek untuk menceriakan budak-budak Tahun 1 sampai Tahun 6 sempena hari pertama sekolah sesi 2026.
Misi: Kurangkan Gementar, Tambah Ceria!
Program ini sebenarnya adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026’, yang khusus dibuat untuk bantu murid-murid terutamanya adik-adik Tahun 1, rasa lebih yakin, kurang takut, dan bermula dengan mood positif pada hari pertama sesi persekolahan.
MURAI faham… hari pertama sekolah memang ‘mood roller coaster’ ibu bapa berdebar, anak-anak pun lagi lah!

“Squiggles Bukan Sekadar Snek, Ia Nostalgia.” – Gardenia
Menurut Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, mereka nak wujudkan momen manis di hari penting ini.
“Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles. Dengan dua perisa kegemaran ramai – Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, inisiatif ini juga tanda penghargaan buat seluruh komuniti sekolah, guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam membentuk generasi yang ceria dan bertenaga.
Anak-anak SK Bandar Sri Damansara 1 Paling ‘Happy’ Pagi Tadi

Program bermula seawal 6.30 pagi hingga 10.00 pagi, dan dari pintu pagar lagi suasana dah hidup! Pasukan Gardenia menyambut murid dengan penuh semangat sambil mengedarkan Squiggles.
Paling best, 10 murid terawal yang tiba ke sekolah siap dapat hadiah khas memang naik semangat nak datang awal setiap hari lah lepas ni!
Apa yang MURAI suka, Gardenia nampaknya serius nak jadikan program sebegini sebagai tradisi tahunan. Mereka berhasrat memperluaskan inisiatif ini ke sekolah-sekolah lain sebagai komitmen menyokong suasana pembelajaran yang lebih positif, bersemangat dan penuh dorongan.

3 weeks ago
30









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
