Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2024, jenama sportswear dari China, ANTA, terus mengukuhkan kehadirannya dalam industri runcit tempatan. Terbaharu, ANTA membuka flagship store terbesarnya di Pavilion Elite Bukit Bintang, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting buat jenama itu.
Dengan keluasan sekitar 434,000 kaki persegi, stor ini menghimpunkan pelbagai rangkaian produk di bawah satu bumbung, daripada pakaian prestasi sukan hinggalah ke sneakers bergaya.
Menurut Country Manager AVID Sports Malaysia, Oscar, pembukaan stor ini bukan sekadar jualan semata-mata, sebaliknya menawarkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan warisan Olimpik dan teknologi runcit moden, selari dengan semangat “Keep Moving”.
Majlis pembukaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa figura industri termasuk atlet negara, Soh Wai Ching.
Stor ini menampilkan rangkaian penuh produk prestasi ANTA, termasuk kasut larian popular ANTA Zone 2 90 yang dikenali dengan teknologi Nitro Edge 90 foam, memberikan pengalaman larian yang ringan dan responsif. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk sukan seperti bola keranjang, badminton, yoga serta koleksi outdoor untuk aktiviti lasak.
Menariknya, ANTA turut memperkenalkan ruang khas SNEAKERVERSE yang memfokuskan kepada sneakers premium berteknologi tinggi, termasuk koleksi seperti SV Thorn.
Dari segi rekaan, stor ini diinspirasikan oleh tema Olympic Hall dengan gabungan elemen klasik dan moden seperti penggunaan glass bricks dan pintu masuk berbentuk gerbang simbol kemenangan. Ruang dalaman turut direka dengan teliti bagi mencerminkan identiti jenama yang berteraskan inovasi dan prestasi.
Secara keseluruhan, flagship store ini bukan sekadar ruang membeli-belah, tetapi platform yang menginspirasikan gaya hidup aktif serta mendekatkan komuniti dengan dunia sukan dan teknologi.

11 hours ago
7














![[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/f22ad084-7c1e-4f48-9d5a-5875d5755914.webp)























![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)









![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)


