Ini 3 Fakta Penting AirAsia X Tawan Dunia, Bahrain Jadi Pintu Ke Global

9 hours ago 8

MURAI tengah berada di Bahrain hari ini untuk sidang media AirAsia X (AAX), dan memang terasa aura besar dalam udara. Kalau anda nak tahu, ini 3 fakta penting tentang langkah gempak mereka ke peringkat antarabangsa  terus dari mata Murai:

1. Bahrain Jadi Hub Strategik Antarabangsa

AirAsia X kini bukan sekadar fokus Asia saja. Bahrain dipilih sebagai hub strategik utama untuk sambungkan Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia. Langkah ini rasmi selepas Letter of Intent ditandatangani dengan kerajaan Bahrain, dan nampak jelas strategi AAX untuk kukuhkan rangkaian global.

Dari sudut MURAI, suasana di lapangan terbang Bahrain memang sibuk, ada rasa “kita tengah tengok sejarah sedang tercipta”. Bo Lingam, CEO AAX, tekankan hub ni penting untuk jangka panjang, jadi penghubung utama antara ASEAN dan dunia.

2. Transformasi AAX Jadi Airline Global

Menurut Bo Lingam, AAX dah lalui fasa paling mencabar semasa pandemik tapi kini lebih fokus dari sebelum ni. Dengan 374 pesawat dalam senarai tempahan dan pelan lima tahun yang tersusun, mereka sedang bina rangkaian long-haul yang mampan.

Fokus utama? Kembangkan armada secara disiplin, kukuhkan hub utama, dan pastikan setiap pasaran baru memperkukuh jaringan global. Bagi MURAI, bila dengar perkataan “democratise long-haul travel”, memang terasa AAX bukan nak jadi elit, tapi nak buat perjalanan jauh lebih mampu milik untuk semua.

3. Peluang Baru Untuk Bahrain & Industri Penerbangan

Tony Fernandes, CEO Capital A, kata hub di Bahrain bukan je bantu AAX sambungkan dunia, tapi juga buka peluang untuk servis lain seperti cargo dan MRO. Menteri Bahrain, Shaikh Salman, tambah pelaburan ni akan ciptakan peluang pekerjaan, sokong pelancongan, logistik, hospitality, dan pembangunan kemahiran rakyat Bahrain.

MURAI sempat tengok beberapa pegawai Bahrain sempat bersalaman dan bergambar aura kerjasama ni memang terasa hangat, bukan sekadar angka tapi impak nyata kepada ekonomi tempatan.Kalau korang ikut

MURAI di sini, rasa macam tengah tengok AAX tulis sejarah baharu, bukan setakat bawa penumpang, tapi juga jadi jambatan antara rantau utama dunia. Bahrain bakal jadi pintu utama AirAsia X untuk global, dan yang paling best, semua ini sambil terus bawa long-haul travel mampu milik.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |