Iman Tang Angkat Hujan Legenda, ‘HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN’ Bukti 20 Tahun Keberanian

12 hours ago 7

Kumpulan indie rock sensasi, Hujan bakal mencipta momen istimewa apabila meraikan ulang tahun ke-20 menerusi konsert HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN. Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang menyifatkan Hujan sebagai antara karyawan yang layak digelar legenda dalam industri muzik Malaysia.

“Dalam setiap era atau fasa muzik Malaysia, akan lahir pemuzik atau karyawan yang mampu menjadi legenda. Salah satunya adalah Hujan,” katanya.

Menurutnya lagi, kemunculan Hujan ketika pasaran muzik didominasi genre pop dan penyanyi solo membuktikan keberanian luar biasa mereka.

“Menerobos pasaran Malaysia pada saat genre pop dan penyanyi solo sangat mendominasi dengan stail indie dan muzik mereka adalah sebuah keberanian yang sukar diperoleh jika ‘tidak hati kering’,” jelasnya.

Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang

Tambah beliau, faktor keberanian, kualiti, semangat serta kreativiti yang konsisten menjadi antara sebab utama penganjuran konsert ini.

“Keberanian, kualiti, semangat dan kreativiti yang tidak pernah mati dibawa Hujan telah menjadi faktor utama ICON Entertainment tidak berfikir dua kali untuk menganjurkan HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN,” katanya lagi.

Harga Tiket

Untuk info peminat, konsert ini menawarkan pelbagai kategori tiket dengan harga:

RM158 (SANG ENEMY)
RM188 (123 GO)
RM208 (MENCARI KONKLUSI)
RM228 (LONELY SOLDIER BOY)
RM248 (ABCDEFGHUJAN)
RM268 (CHECKCHECK ROCKROCK)

Jualan Tiket

Tiket akan mula dijual pada 10 April 2026, jam 3 petang menerusi laman web rasmi ticketing.

Menariknya, perjalanan dua dekad Hujan turut disokong barisan tonggak utama seperti Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad (pengasas), sebelum disusuli kehadiran Izzat Uzaini. Mereka juga pernah bekerjasama dengan beberapa pemuzik session seperti Dukegong, Ojoe dan Jaja.

Dengan legasi yang terus kukuh, tidak keterlaluan untuk mengatakan Hujan kekal sebagai ikon yang mewarnai perjalanan muzik tempatan hingga ke hari ini.

Kalau ‘Kamek Sayang Kitak’ , ayuh dengan ‘Jiwa Kelajuan’ kita ‘Ludah Amerika’ dan mengikat terus ‘Rantai Rasa Cinta’ bersama Hujan, jangan terlepas perayaan ‘Mencari Konklusi’ bersama Hujan dalam HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Kuala Lumpur, 27 Jun 2026.

Kehadiran kalian adalah lambang ‘Empayarmu’ Hujan yang akan terus bertahan 20 tahun lagi dan lagi. Sampai jumpa Raingers! Korang ‘Harus Ada’!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |