Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-“Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena..”

4 hours ago 3

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil memohon maaf selepas tular satu video yang memaparkan salah seorang pekerjanya yang memerli harga pizza milik pempengaruh terkenal, Cik Epal.

Hafiz menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa dia berpendapat para staf yang terlibat mungkin terlalu seronok apabila mendapat pizza percuma sehingga terlepas cakap perkara yang tidak sepatutnya itu.

“Ei budak-budak ni. Semalam saya buatkan pizza untuk semua staf, mungkin dah seronok sangat sampai terlepas cakap/ salah gurau. Yang post pula tak cut sebab tak tahu pasal tu/ terlepas pandang.

Maafkan staff saya. And saya wakil untuk minta maaf tau. Harap staff saya pun tak down bila baca dan semua tu jadi pelajaran”-tulis Hafiz di Thread

Bakal Beri 50 Pizza Secara Percuma

Tambahnya lagi, dia bakal memberikan 50 pizza secara percuma di hadapan klinik miliknya sebagai tanda permohonan maaf pada Sabtu ini.

“Saya dah inform mereka. Nanti saya belanja Pizza untuk 50 orang Sabtu ni. Diorang buat hal, saya yang kena buat dough dan sos sampai 50 box ni sebagai tanda minta maaf 😂.”-tulis Hafiz lagi

Jangan Guna Sarkastik Demi Engagement

Dalam pada itu, menerusi akaun TikTok rasmi Ainaa Beauty Official, turut memaparkan Hafiz sedang melakukan panggilan video bersama salah seorang pekerjanya dengan kata-kata nasihat untuk sentiasa berjaga-jaga daripada melakukan sarkastik demi engagement.

“Abang nak tanya apa benda yang korang buat ni? Abang dah buat permohonan maaf. Satu abang nak, improvise laa. Jadikan ini satu ilmu, apa yang perlu dibaiki di masa depan.

Mana staf yang terlibat, buat salah, biarkan abang yang hadap. Kita punya penulisan tu jaga-jaga laa. Jangan kita gunakan sarkastik semata-mata untuk engagement tinggi.”-kata Hafiz Mahamad

@ainaabeautyofficial

Boss call tadi, sorry boss & sorry jugak semua. Terima kasih boss 🥺

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |