Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian apabila seorang pengguna mengajukan soalan yang cukup dekat dengan realiti rakyat Malaysia. Adakah rakyat Malaysia lebih rela terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau berhimpit seperti sardin di dalam tren?
Soalan ringkas itu rupa-rupanya membuka ruang perbincangan panjang tentang kos sara hidup, kesihatan mental dan kualiti hidup warga kota.
Would you rather be stuck in a traffic jam, or be packed like sardines on a train?
byu/TheBotMadeThis inmalaysia
Perjalanan Ke Tempat Kerja Bukan Sekadar Soal Masa
Bagi sebahagian netizen, tren adalah pilihan yang lebih praktikal. Ada yang berkongsi mereka hanya membayar sekitar RM50 sebulan untuk pas perjalanan tanpa perlu pening memikirkan parkir dan minyak.
Lebih menarik, ada yang menganggap perjalanan tren sebagai masa untuk diri sendiri. Boleh tidur seketika, menonton YouTube, mendengar podcast atau membaca buku.
Walaupun mengambil masa sedikit lebih lama, mereka mengakui perjalanan itu terasa lebih tenang berbanding memandu dalam keadaan trafik yang menyesakkan.
Seorang pengguna turut menyifatkan parkir sebagai “penyumbang senyap” kepada kos memandu yang semakin meningkat. Hakikatnya, ramai hanya sedar jumlah sebenar perbelanjaan apabila dikira secara bulanan.
via Reddit /@v0id_shellPrivasi Dalam Kereta, Ketenangan Dalam Tren
Namun, tidak semua memilih untuk bersesak di dalam LRT atau MRT. Ada yang secara terbuka mengakui lebih rela berdepan jem kerana sekurang-kurangnya berada dalam ruang sendiri.
Penghawa dingin, muzik kuat dan kebebasan tanpa perlu berhimpit dengan orang ramai menjadi faktor utama. Malah, ada yang berseloroh bahawa sekurang-kurangnya mereka boleh meluahkan tekanan tanpa memikirkan orang sekeliling.
via Reddit /@ahmadtheanonDalam masa sama, ada juga yang pernah melalui kedua-dua pengalaman. Ketika bujang, tren dirasakan lebih menyeronokkan dan memberi ruang untuk membaca serta berjalan kaki yang secara tidak langsung membantu kekal aktif.
Namun selepas berkeluarga dan perlu menghantar anak ke sekolah, kereta menjadi pilihan yang lebih logistik dan realistik.
via Reddit /@ottrkrafIsu Lebih Besar: Sistem & Fleksibiliti Waktu Kerja
Perbincangan ini turut menyentuh cadangan agar waktu kerja dianjakkan secara berperingkat. Ramai berpendapat, jika tidak semua pekerja masuk dan keluar pada waktu sama, kesesakan mungkin dapat dikurangkan.
Ia bukan sekadar isu jem atau tren padat, tetapi berkait rapat dengan perancangan bandar dan sistem pengangkutan awam secara menyeluruh.
Reaksi Netizen
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan jujur berdasarkan pengalaman masing-masing.
“Train for me. Boleh tidur, tak sakit kaki tekan clutch.”
“Traffic jam 100%. At least dalam kereta sendiri.”
“Sardine in LRT. Hidup dah cukup stress, tak mahu drive marah-marah setiap hari.”
Ada juga yang menyuarakan teguran tentang etika dalam tren seperti tidak berkumpul di pintu masuk dan tidak memakai beg galas yang lebih kecil.
Akhirnya, pilihan setiap individu bergantung kepada fasa hidup, bajet dan keutamaan masing-masing. Sama ada menghadap jem atau berhimpit di dalam tren, yang pasti rakyat Malaysia hanya mahukan satu perkara iaitu perjalanan harian yang lebih fleksibel dan tidak meragut kewarasan.

9 hours ago
6



![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)



![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)







![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
