Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan pameran yang menampilkan gambar dirinya yang bertajuk “J2NNI5”.
Bersempena dengan pameran tersebut, sebuah buku foto telah dikeluarkan, yang diberi nama “The Unveiled PHOTOBOOK”, telah menampilkan 625 halaman gambar ahli BLACKPINK tersebut yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini.
Sebahagian daripada imej-imej tersebut, beberapa peminat telah berkongsi menerusi media sosial, termasuklah imej Jennie yang mengenakan sehelai sut renang.
Foto – @@yo0ngles_07 (X) / @idwhojo (X)Perkongsian tersebut telah menyebabkan Jennie menjadi sasaran individu pedofilia kerana saiz badannya dituduh seperti kanak-kanak untuk menarik perhatian lelaki yang menyukai “Lolita”.
Makluman untuk semua, “Lolita” merupakan sebuah novel karya Vladimir Nabokov yang menggambarkan hubungan pedofilia antara watak utama novel itu dan seorang gadis berusia 12 tahun.
Foto – @jennschanelbag (X)Melihatkan pertuduhan ini, ramai yang mempertahankan Jennie dengan mengatakan bahawa tiada apa yang salah dengan saiz badannya itu. Pada masa yang sama, peminat juga mengatakan tiada salah jika Jennie mahu berseronok dan tersenyum seperti itu, sekali gus menolak sepenuhnya dakwaan tersebut.
“Awak semua pelik sangat sebab ini. Dia (Jennie) berumur 25 tahun semasa gambar-gambar ini diambil. Tak boleh merakam seorang wanita ketawa dan berseronok ketika memakai baju renang? Bagi saya, awaklah yang pelik sebab fikir benda-benda yang menjijikkan. Itu konsep semata-mata.”
“Dia (Jennie) seorang wanita kecil molek yang mempunyai wajah bayi. Jika awak melihatnya memakai pakaian renang dan memikirkannya seorang kanak-kanak, mungkin awak seorang pedo.”
Isu ini sangat serius, ramai yang berpendapat jika seseorang itu memiliki rupa paras baby face dan bentuk badan kecil molek, ia bukanlah satu kesalahan. Apa pendapat kamu?

12 hours ago
8






![[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a85edd03-eddc-49da-a4ff-435bdde2f68b.webp)










![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)

















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)







![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

