Rasanya ramai yang setuju jika MURAI katakan aktres Fatiya Latiff merupakan antara aktres tercantik di Malaysia sebelum ini. Namun dari tahun ke tahun, kecantikannya tidak lagi diperkatakan apabila Fatiya sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Dan baru-baru ini, hantaran Fatiya di platform Threads telah mencuri perhatian ramai apabila aktres itu dilihat meluahkan perasaan mengenai penampilan terkininya.
Berdasarkan kenyataan yang penuh dengan emosi itu, Fatiya meluahkan bahawa dia kurang menyukai penampilan terkininya, di mana dia menganggap dirinya kelihatan kurang kemas.
“Selekehnya I sekarang, dengan rambut sanggul, gemok lagi.”
Perkongsiannya itu sedikit sebanyak telah menarik perhatian sehinggakan ramai yang memberikan pelbagai reaksi yang berbeza. Apabila menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen berupa kata-kata semangat untuk membina kembali keyakinan Fatiya.
“Please comeback Ariana Rose, you Primadona paling lawa tau.”
“Saya salah satu peminat awak. Tengok drama ‘Ariana Rose’ dah dekat 8 kali kot. Untuk saya, awak adalah Primadona. Tolong jaga diri sendiri, beli makanan sihat, pergi berurut sekali-sekala dan upah jurulatih peribadi. Masih belum terlambat.”
“Fatiya meh I jadikan you Ariana Rose balik. I pernah catwalk dengan you dekat UITM dulu.”
“Dear, bukan nak buat awak down, tapi bila badan dah berisi dari dulu, memang auto nampak cam serba tak kena. Rasa demotivated dan malas. Kena keluar dari dunia tu dan start diet dan bersenam. Cucuk jela ozempic haha.”
“Awak boleh buat Fatiya. Ambil masa 6 bulan. Fokus nak turunkan berat badan. Jangan kongsi apa-apa progress di media sosial. Semoga 2026 Fatiya kembali cantik dan konfiden.”
“Tolong lakukan IF setiap hari (nak senang niat puasa je, makan time berbuka, sahur ringan-ringan je. Solat 5 waktu jangan tinggal.) dan teruskan jogging/ weight lifting/ exercise. Dalam 3 bulan je dah boleh cantik. Raya nanti Arianna Rose will comeback.”
Sebelum ini, Fatiya Latiff pernah menerima kecaman daripada orang ramai apabila penampilan dirinya telah berubah, lebih-lebih lagi selepas menjalani rawatan suntikan filler.

1 day ago
13


![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)


![[VIDEO] Batal Pesanan COD, Respons Pembeli Terhadap Betty Rahmad Buat Netizen Mengamuk](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-1.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Anak Aiman Hakim Dapat Kejutan Undang Perhatian, Peminat- “Bukan Dia Takut Kucing Ke”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-at-12.07.11-PM.png)
![[VIDEO] Indah Ruhaila Tayang ‘Babybump’, Umum Hamil Cahaya Mata Sulung!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Indeed-Allah-is-the-best-planner-🌸-ALHAMDULILLAH-✨🥲-8yearsofmiracles-e1764643349197.jpg)

![[VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Flex’ Baju Konsep Menyapu, Peminat Terhibur- “Bersih Lantai, Senang Kerja Cleaner”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-7.52.13-PM-e1764590090816.png)
![[VIDEO] Detik Cemas Pelajar SPM Berenang Redah Banjir Jadi Tular- “Air Naik Tiba-Tiba”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-5.19.20-PM.png)
![[VIDEO] Bila Taco Bell Berkolaborasi Dengan Jenama Fesyen, Ini Jadinya…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-01-at-4.29.05-PM.png)














![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)









![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)
![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)

![[VIDEO] Tunku Azizah Beraksi Di Dapur Cetus Perhatian Rakyat-“Sedapnya Semua Menu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Detik Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital Di China](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Bonda-pernah-lalui-pengalaman-famili-sakit-dibeberapa-buah-negara-antaranya-Turki-indonesia-1-e1754389382296.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)
