Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning.
Gigi Yang Asli & Faktor Genetik
Kongsi Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin di Threads, menjelaskan bahawa giginya itu sememangnya asli dan faktor genetik juga membuatkan giginya berwarna sedemikian.
“Ada hamba Allah sorang ni komen di IG, dia tanya ‘kenapa gigi sis kuning?’. Dan ini jawapan saya, ‘gigi saya original bukan fake, memang keturunan warna tak berapa nak putih.
Saya tak berminat nak buat veneers sebab saya tiada apa yang mahu disembunyikan. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Saya ingat bulan-bulan puasa ni setan semua kena ikat, mungkin setan-setan yang kurang ganas dan lebih kecil masih ada lagi ke? Seperti awak sibuk mencari kesalahan orang lain. Heal and get a life please?.”-tulis Farahdhiya di Thread
via Threads @farahdhiya_fdBersyukur Dengan Apa Yang Ada
Tambah Farahdhiya, Tuhan sudah mencipta setiap manusia dengan penuh sempurna selain meminta orang ramai untuk belajar bersyukur dengan yang mereka ada.
“Tuhan dah cipta masing-masing cukup sempurna, belajar bersyukur untuk apa yang kita ada. Bukan semua orang ada gigi yang putih, kalau gigi awak warna ungu kemudian awak patut rasa risau.
Cukup-cukup laa perangai manusia-manusia yang suka bersembunyi di belakang fake account profile semata-mata nak menghina, nak cari kesalahan orang lain. Itu kerja pengecut.
Lebih baik cermin diri sendiri dan betulkan perangai busuk masing-masing. Ramai yang sick in the head and that’s the most dangerous thing to have in you.”-tambah Farahdhiya lagi
via Threads @farahdhiya_fd“Biar Gigi Kuning, Tapi Mulut Tak Jahat…”
via IG @farahdhiya_fdDalam pada itu, penyanyi Bertakhta Di Hati ini menegaskan bahawa dia lebih rela mempunyai gigi berwarna kuning asalkan ianya asli, bersih dan kuat selain berpendapat biarlah gigi yang berwarna kuning asalkan mulut tak jahat.
“Saya lagi rela warna gigi kuning sikit tapi origina, bersih dan kuat. Pernah je try buat whitening, tahan 2 minggu je lepas dah minum dan makan macam-macam, membazir je buat.
Last-last dentist cakap memang tak tahan lama pun. Dari buat veneer sampai mulut jadi busuk tanpa kita sedar, gigi jadi tebal pelik semacam dan banyak juga yang jongang tak pasal-pasal, penangan nak gigi putih macam dinding.
Tapi ada juga yang buat cantik. Nasib masing-masing la ek? Kesimpulan dia, biar gigi kuning tapi mulut tak jahat.”
via Threads @farahdhiya_fdApa komen anda?

13 hours ago
8











![[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/img_3290.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)




