Sikap menghormati orang lain bukan sekadar diamalkan di rumah, malah turut dibawa oleh rakyat Malaysia ketika bercuti.
Itulah yang didedahkan menerusi satu kajian oleh YouGov yang dijalankan bagi pihak Airbnb melibatkan 1,000 rakyat Malaysia yang pernah menginap di homestay dalam tempoh setahun lalu.
Hasil kajian menunjukkan 85 peratus responden menganggap menjadi tetamu yang berhemah adalah sesuatu yang penting. Malah, sembilan daripada 10 responden percaya mereka merupakan tetamu yang baik ketika menginap di homestay.
Bukan kerana takut dimarahi tuan rumah, sebaliknya majoriti berkata mereka berbuat demikian kerana ia sudah menjadi kebiasaan. Seramai 61 peratus menganggap menjaga adab sebagai perkara biasa, manakala 60 peratus melakukannya kerana menghormati tuan rumah dan 59 peratus lagi kerana nilai yang diterapkan dalam diri.
Sikap itu turut diterjemahkan melalui tindakan. Ramai responden mengakui mereka akan membasuh pinggan, membuang sampah dan mengemas semula ruang penginapan sebelum daftar keluar. Selain itu, 77 peratus berkata mereka akan membaca peraturan rumah terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan.
Musim durian
Menariknya, walaupun musim durian sedang rancak, majoriti rakyat Malaysia masih mengutamakan keselesaan orang lain. Kajian mendapati lapan daripada 10 responden akan meminta izin daripada tuan rumah sebelum membawa durian ke homestay. Ada juga yang memilih menikmatinya di luar penginapan atau tidak membawanya langsung bagi mengelakkan gangguan kepada penghuni lain.
Ketua Negara Airbnb bagi Asia Tenggara dan India, Amanpreet Bajaj berkata, pengalaman menginap yang baik bukan hanya bergantung kepada tempat yang dikunjungi, tetapi juga sikap saling menghormati antara tetamu, tuan rumah dan komuniti setempat.
Menurut beliau, budaya bertimbang rasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja memberi pengalaman yang lebih baik kepada semua pihak, malah membantu mewujudkan suasana pelancongan yang lebih harmoni.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

12 hours ago
4






































![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)











